Quantcast
Channel: Life is a Constant Battle
Viewing all 201 articles
Browse latest View live

Pavlova

$
0
0

Assalamualaikumm :)

n3 cepat2 je ni..hehe.. byk kerja tp tangan gatallll je nk mengapdate blog.. blom sempat BW lagi.. nnti insyaAllah esok lepas siap soalan final exam ni tun akan BW. 

Pavlova ni tun buat tgh bulan aritu.. huhu.. tak sempat nk mngapdate. tgk kak maz tayang pavlova, guna 2 biji telur je! terus teruja nk buat. selama ni tgk je org buat, xteras nak try pon.. sbb sblm ni penah makan pavlova, adoii.. sakit gigi dibuatnya sbb manis sgt.. kali ni tun buat nipis2 je, jd xde la manis sgt :) 


tak cantik sgt sbb xde kaler merah. strawbery mahal sgt.. huhu.. kat umah ada kiwi ngan oren je, so guna yg tu je lah.. sedap kejadian pavlova nih.. rangup kat luar, dlm rasa mashmallow :)


Guna 2bijik telur je, tp tun dapat 5 biji pavlova besar tapak tangan dan sebijik lagi yg kecik sikit.. :) mmg berbaloi buat sendiri.. hihi..


Pavlova
Resepi: Kak Maz Ilham Dapur
Sumber: tun telani

Bahan-bahan 
  • 2 biji putih telur gred A - suhu bilik 
  • 115g gula kastor 
  • 1/2 sudu kecil jus lemon 
  • buahan segar secukupnya - strawberi/blueberi/kiwi manis (gold)

Cara 
1. Panaskan oven suhu 130 C dan sediakan loyang yang telah dialas baking paper. 
2. Dalam mangkuk yang kering putar putih telur hingga berbuih, masukkan jus lemon dan putar hingga jadi berkrim, kemudian baru masukkan gula sikit-sikit sebanyak 4-5x masuk sambil diputar biar gula larut dulu selepas setiap kali masuk. Putar hingga jadi bertanduk, maksudnya bila kita angkat mata mixer tu telur tak jauh. Boleh berdiri macam tanduk gitu, harap boleh paham la deh ayat ni. 
3. Tuang atas loyang dan ratakan buat bentuk bulat biar tinggi sikit saiz lebih kurang sebesar piring, sebab nanti dia akan mengembang sikit. -tun masukkan dlm piping beg, jd lbh senang nk bentukkan
4. Bakar dalam oven selama 35-40 minit atau bergantung pada jenis oven juga. Bila dan masak buka sikit pintu oven dan biarkan sejuk dalam oven dulu selama 10 minit. Kemudian keluarkan dan sejukkan sepenuhnya. 

**Nota ilhamdapur : Pastikan telur yang digunakan suhu bilik, tidak ada sedikit pun termasuk kuning telur, telur baru, maksudnya bukan telur yang dah berminggu duk kat suhu bilik. Pastikan mangkuk serta mixer yang digunakan benar-benar kering dari kesan minyak dan air. Mixer juga mempengaruhi hasil pavlova, stand mixer lebih dicadangkan kerana masa yang diambil untuk putar telur dengan sempurna tidak lama berbanding hand mixer yang boleh menyebabkan banyak udara terkumpul, tapi ni maz guna handmixer je. Oven pun memberi kesan pada pavlova yang dihasilkan dari segi warna dan teksurnya dengan masa yang dicadangkan. Jadi kena tahu suaikan oven masing-masing, ni maz guna built in oven. 

Lapisan Krim 
  • 100ml whipping cream UHT 
  • 2 sudu besar gula kastor 
  • secubit garam 
  • 1/2 sudu kecil jus lemon 

Cara : 
  • Putar semua bahan hingga kental, kemudian ratakan atas pavlova yang telah sejuk dan tabur buahan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.



    Indulgence Chocolate Cheese Moist Cake (ICCMC) yg xcukup sifat..huhu

    $
    0
    0


    Assalamualaikummmm~~~~~

    Alhamdulililllah.. alhamdulillahhh... tun dh selamat sampai kat kampung malam td.. lamaa betul perjalanan.. huhu... sbb KL cuti smp selasa (hari wilayah + taipussam kalau xsilap), jd traffic jam teruk sket masa nk kuar ke tol gombak.. tgh2 heavy traffic ni, 2tempat JPJ tiba2 rajin wat road block.. huhuhu... jadi semakin slow la traffic.. pkl 4 lebih dr klia, pkl 10 lbh baruu sampai umah. kesian harith kepenatan.. 

    Nway.. kek ini terhasil dari misi mnyelamatkan whipping cream sblm balik kg.. dh lama duk usha resepi, tp nmpk sgt complicated, jd xcukup rajin nk buat. kali ni semangat lebih sket nk bg encik laling makan.. hihi.. tp opkos cari resepi yg guna cheese sbb encik laling peminat tegar cheese cake :)

    Tun cuba resepi kek yg baru sbb ni yg paling senang, dn nmpk sedap.. mmg sgt2 senang dan alhamdulillah, hasil kek dia sgt cantik dan moist :) mmg a keeper recipe, alhamdulillah.



    Eggless Moist Chocolate Cake
    Recipe: Aliciak
    Sumber: tun telani

    Cake Ingredients
    • 1 1/4 cups flour
    • 1 cup sugar
    • 1/3 cup unsweetened cocoa powder
    • 1 tsp baking soda
    • 1/2 tsp salt
    • 1 cup warm water
    • 1 tsp vanilla extract
    • 1/3 cup vegetable oil
    • 1 tsp distilled white or apple cider vinegar

    Preheat the oven to 350 degrees F. In an 8X8 square pan/dish, mix together flour, sugar, cocoa, baking soda, and salt with a fork, making sure it is really blended together. Add the water, vanilla, oil, and vinegar, and again, mix together so that it's really blended together. Use a spatula to scrape down the sides if necessary.
    Place in oven and bake for about 30 minutes, or until a knife comes out clean. Cool on a rack completely (2 hours).

    *** utk wat 3 layer, perlu 1 setengah adunan kek coklat nih..

    Resepi kek indulgence versi kak lina pg ni sgt senang sbb xde guna telur dalam mousse dia.. tp xtau mana silap nyer, adunan mousse tun tercair sket.. hehe.... pastu tgk la tuu, punya laa ayu kaup balik whipping cream, smp ada lagi ketul2 yg x sebati.. kih kih..

    pastu sbb tun xde loyang yg sesuai, dan xde cake ring, jd xdpt buat kek yg tinggi. adunan cream cheese dan mousse xhabis layer lagi dh melimpah loyang tu.. kih kih... chocolate ganache pon xbuat.. tp alhamdulillah, sedappp sgt2.

    tun copy resepi asal utk rujukan nk buat lagi nx time :)





    RESEPI INDULGENCE CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKE
    By : LiNa Pg
    Rujukan: Kak Zu(CCMC) , Evelyn Gemina
    Dicuba oleh: tun telani


    LAPISAN KEK
    Boleh guna mana2 resepi kek kemegaran - tun guna resepi atas nih

    LAPISAN CHEESE

    Bahan-Bahan
    • 250 gm creamcheese
    • 120 gm gula castor
    • 150 gm uht whipping cream (LiNa Pg guna non diary-itu jer yg ada)
    • 1 tbsp gelatin
    • air panas secukupnye (~60ml )

    Cara-Cara:

    • Biarkan cheese pade suhu bilik. Bile dah lembut putar cheese dan gula castor hingge kembang.
    • Pukul whipping cream hingga kental.Ketepikan
    • Taburkan gelatin ke dalam air panas.Biarkan kembang.Kacau hingga larut.Kalau tak larut, panaskan secara double boil.Sejukkan
    • Masukkan gelatine ke dalam adunan cheese dan kacau sebati.Kaup balik dengan whipping cream hingga sebati.Ketepikan

    CHOCOLATE MOUSSE

    Bahan2:
    • 300 gm whipping cream
    • 1 tbsp gelatine ( cairkan dengan 60 ml air panas )
    • 50 gm serbuk koko + 100 gm gula icing ( satukan dengan air suam 1/2 cawan, jadikan pes )LiNa pg guna 1/2 cawan serbuk koko+1/2 cawan susu-double boil- nota tun: nx time tun nk letak air sikit2 hingga jadi pes
    • 1 tbsp nescaffe + 1 1/2 tbsp air panas ( pilihan ) (LiNa Pg xletak)
    Cara-Cara:

    • Putar whipping hingge softpeak.
    • Satukan kesemua bahan dengan kaedah kaup balik.Ketepikan

    CHOCOLATE GANACHE/TOPPING

    150ml whipping cream
    350g dark chocolate
    1 tbsp butter - cairkan

    Cara2 membuat ganache:
    1. Panaskan whipping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.
    2. Masukkan coklat & mentega, kacau hingga cair & tuang atas kek.



    sbb xmuat loyang kan, jd adunan cheese dan mousse yg belen tun letak dlm cup kecik2 layer ngan oreo.. yg tu hbs dulu.. haha.. cara layer yg betul refer bawah ye :)


    CARA MELAPIS KEK

    Paling bawah => Lapisan pertama - KEK
    Lapisan kedua - Coklat Mousse
    Lapisan ketiga - KEK
    Lapisan keempat - Cheese
    Lapisan kelima - KEK
    Lapisan keenam - Coklat Mousse
    Akhir sekali salut keseluruhan kek dengan lebihan coklat mousse
    Sejukkan kek di dalam petisejuk beberapa jam (semalaman pun ok)
    Tuang ganache ke seluruh kek.

    Hias ikut creativity masing2



    Pulut Kuning Kukus dan Rendang Daging

    $
    0
    0


    Assalamualaikumm....

    Alhamdulillah.. 1st n3 bulan febuari.. sgt2 rindu utk berblog, tp masa amat x mengizinkan..huhu... lama x mengapdate. awal bln 2 aritu tun balik kampung seminggu. alhamdulillah, terubat rindu pada keluarga.. tak tau la bila lagi blh balik kg.. sob sob.. blk 9hari rasa sekejap sgt. bahagi pulak antara kg sendiri dan kg mertua. doakan agar tun cepat habis PhD dan suami dpt berpindah balik ke semenanjung ye..


    nway.. menu raya sempena bday encik laling 14 febuari :) dh masuk 3 series dah. huhu.. semoga peningkatan umur seiring kematangan emosi dan semakin dekat padaNya insyaAllah. ni 1st time tun kukus pulut. jenuh juga gugel intenet nk tgk tempoh masa yg perlu. lupa, padahal boleh je tepon mama tanya.. hehehe.. biasanya time raya mama akan kukus pulut kuning. kiteorg adik beradik paling suka mkn pulut yg baru arung ngan santan, sblm kukus kali ke dua :)


    Utk pulut ni tun rujuk blog kak madihaa.. kak madihaa biasa amik tempahan pulut kuning, sure expert kukus pulut nih.. sbb tun wat half kilo je, so masa mngukus tu tun adjust lah. alhamdulillah elok masak pulut ni :)

    Pulut Kuning
    Resepi asal: Kak Madihaa
    Olahan:tun telani

    Bahan2:
    • 1/2 kilo beras pulut
    • 1 keping asam gelugor - kali ni tun skip (asam gelugor cuma utk cantikkan pulut, spy nmpk berkilat)
    •  1/2 sb serbuk kunyit
    • 1 cwn santan pekat
    • 1 sk garam
    • 1 sb gula

    Cara2:
    • Rendam pulut, asam gelugor dan kunyit semalaman. Toskan.
    • Panaskan kukusan hingga mendidih.
    • Masukkan beras pulut ke dalam kukusan (tun lapis dengan daun pisang)
    • Kukus selama 20 minit.
    • Campurkan santan + garam + gula.
    • Keluarkan pulut dan gaul (arong) bersama santan tadi.
    • Kukuskan kembali selama 15 minit.
    • Siap utk dihidang bersama rendang atau gulai pilihan.


    Tun buat rendang daging utk makan ngan pulut nih.. resepi sama ngan rendang ayam je.. cuma nk tunggu empuk tu dua kali jugak tambah air.. kat bintulu ni, kalau gi pasar mmg xde daging fresh. daging kami beli kat supermarket, daging halal 'fresh' dari australia dan new zealand. daging yang elok, harga RM32+ sekilo.. huhuhuhu TT  sbb tu jarang2 masak daging. lari bajet ooo kalu asyik beli daging je..



    Sedap pulak rendang daging ni walaupon tun xsuka makan daging.. hehehe... masuk lif tekan butang sendiri pulak :p


    Rendang Daging
    Resepi: tun telani

    Bahan2:

    • 1/2 kilo daging- potong kiub kasar
    • 2 biji bawang besar
    • 1 inci lengkuas
    • 1 inci halia
    • 3 batang serai
    • 10 tangkai cili kering- rebus hingga lembut- kalau cili giling tun guna 2 sb
    • 1 sudu besar gula perang/gula melaka
    • 1 sudu besar kunyit serbuk
    • 1 sudu besar kerisik
    • 2 helai daun kunyit- mayang halus
    • 200 ml santan
    • 2 kpg asam keping
    • Garam


    Cara2:
    • Mesinkan bawang, lengkuas, halia, serai dan cili kering.
    • Tumis bahan mesin sampai pecah minyak.
    • Masukkan daging, gula melaka dan kunyit serbuk. Masak sampai daging agak empuk, tambahkan air jika perlu.
    • Masukkan santan dan asam keping. Masak sebentar dgn api perlahan.
    • Masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai kuah agak pekat.
    • Perasakan garam.
    • Siap untuk dihidang. 

    Chocolate Butterscotch Muffin

    $
    0
    0

    Assalamualaikummmm :)

    Alhamdulillah.. berjaya mengapdate blog kesayangan lagi sekali... skrg ni xleh nk fokus kat study sbb duk mikir nak kasi harith makan apa nnti... hehe... budak ontel comey mama dah nak masuk 6 bulan rupa2nya. berkobar2 mama study pasal baby's food. hihi.... nnti boleh la mama tulis blog n3 pasal resepi makanan baby pulak..


    Muffin buat petang semalam... patutnya ada lab dgn student diploma, tp last2 minit lab assistant cakap staff yg pegang kunci lab tu cuti. saboo je laa.. bkn nk cakap awal, lg setengah jam nk stat lab abru dia inform.. sepantas kilat tepon nk menaip wassap ke semua student yg tun ada nombor. kesian dieorg nnti kalau berjalan jauh2 dari asrama ke lab. dah la skrg panas membahang.

    dah lab cancel tu, nk sambung study utk PhD xde mood pulak.. tiba2 teringin nk memapin. dah lama xbuat mapin. saje wat stok. encik laling xmakan sgt mapin ni, tp tun buat pastu frozen spy senang nnti ada org dtg or xde masa nk buat kuih utk usrah blh defrost je mapin nih.. hihi..


    Dah lama beli butterscotch chips nih. tgk laa tuu, penuhhh ngan chips dlm mapin. tun buat mini size dpt byk jugak.. kalau muffin cup size biasa dpt sedozen mapin ni :)

    Chocolate Butterscotch Muffin
    Resepi: tun telani

    Bahan2:
    • 1 3/4 cups (219g)  tepung
    • 2 tsp baking powder
    • 1/4 cup (28g)  cocoa powder
    • 1/2 cup butterscotch chips
    • 75 g butter
    • 1 cup (190g) gula
    • 2 telur
    • 1/4 cup air kopi - kalau xsuka blh guna air masak
    • 1/2 cup susu
    Cara2
    • Ayak tepung, baking soda dan baking powder. masukkan butterscotch chips dan gaul dgn garpu.
    • cairkan butter, dan masukkan telur, gula, dan susu. pukul adunan hingga campur rata.
    • tuangkan adunan ke dlm tepung dan gaul menggunakan senduk kayu hingga bercampur. jgn over-beat ye, nnti muffin jd x gebu, kalau still ada ketul2 sikit tu x pe.
    • tuang dlm muffins cup. taburkan butterscotch chips kat atas jika suka. 1 adunan ni dpt dlm 12 bj muffins size biasa. bakar pada suhu 200 C, selama 10 minutes.

      Daging Goreng Halia & Minyak Bijan

      $
      0
      0

      Assalamualaikumm...

      Mata sgt2 mengantuk, rasa mcm nk tido je.. tp ptg nnti ada lab.. kalau tido ni sure terlajak.. hihi... lauk ni masak utk lunch semalam. kak yana promote baikk punya cakap sedap, tun pon terus defrost daging ada sikit lg dlm fridge. alhamdulillah, mmg sedap lauk ni.. encik laling makan bertambah, licin terus semua.. hahahahha.. biasa tun masak utk dinner terus. dh ada org licinkan lauk, dinner terpaksa masak lain.



      campak terus sayur sbb xberapa nk rajin masak sayur pulak. kih kih.. capsicum yillek, bantai cili padi terus :p tp tun mmg jenis yg suka 'kenyek' cili dlm nasi.. lagi pedas lagi lajuu tun makan. sape2 yg suka bau minyak bijan blh try nih.. ala2 chinese cooking letak sesame oil. kami berdua mmg minat chinese food, so selalu ada minyak bijan kat umah :)

      Daging Goreng Halia &  Minyak Bijan
      Resepi : Kak Nor
      Sumber: kak yana, tun telani


      Bahan2:
      • 300 gm daging batang pinang ~ dihiris nipis
      • 1 sudu besar tepung jagung
      • 1 sudu besar minyak bijan

      • 1 biji bawang besar ~ dipotong baji
      • 3 ulas bawang putih ~ diketukdan dicincang
      • 1 inci halia muda ~ dihiris
      • 1/3 biji capsicum merah ~ dipotong panjang / dadu- xde, tun telak 2bj cili padi
      • 1/3 biji capsicum hijau ~dipotong panjang / dadu- xde, tun letak brokoli
      • 3 sudu besar sos tiram
      • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
      • 1 sudu besar minyak bijan
      • sedikit air
      • sedikit garam
      • daun bawang ~ dipotong 1 inci
      • minyak secukupnya

      Cara2:
      • Perap daging seketika bersama tepung jagung dan 1 sudu besar minyak bijan
      • Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 minit. Angkat dan ketepikan - tun goreng smp betul2 masak
      • Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar
      • Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan
      • Masukkan bawang besar, halia dan capsicum.Goreng seketika.
      • Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam
      • Goreng sekejap dan masukkan sedikit air ( lebih kurang 1/4 cawan ) - tun skip step ni, xletak air
      • Masukkan daging yang dah digoreng tadi dan kacau
      • Bila kuah hampir keering masukkan daun bawang.
      • Kacau seketika dan boleh lah dihidangkan panas2

      Harith's First Homemade Solid

      $
      0
      0
      Sumber: justmommies 
      Assalamualaikummm :)

      Alhamdulillah.. alhamdulillah.. harith dah masuk 6 bulan. mama harith dengan tekunnya study nak bg harith makan.. hihi... sejak tun share carta kat atas tu kat fb, ramai pulak yg pm tun pasal baby's food ni. so, tun share kat sini la apa yg tun bg utk harith's first solid utk rujukan first mommies mcm tun ni :)

      Before that, lain org lain pendapat ye.. ramai yg pilih utk just bagi puri buah/sayur sahaja utk first month ni. lepas tu baca mcm2 website utk baby nih, tun pilih utk bg bubur beras campur ebm (expressed breast milk) dahulu, reason dia, so that first solid yg harith mkn just utk texture, flavour dia rasa ebm je.



      Tun pilih utk bg brown rice.. byk sket dpt vitamin ngan mineral. cari kat kedai biasa xde pulak peket kecik2, so encik laling gi cari kat kedai organic. alhamdulillah jumpa peket kecik nih.



      Tun baca kat mana ntah cara prepare bubur utk baby nih.. sesuai utk working mother. instead of masak beras tu pagi2, kita prepare dulu camni. Rendam semalaman spy nnti dh masak mudah baby hadam (xtau laa ada research x pasal nih..huhu), pastu tos kering, dan sangai sampai betul2 kering. kalau beras biasa sangai sampai perang sket, beras perang ni xnmpk la perang dia. so agak2 la ye. hihi.. pastu blend guna blender kering tu dan tapis.


      Ni hasil lepas tapis. dia takkan halus mcm tepung beras la ye. tp senang bila nk wat bubur amik 1 sudu besar dan masak mcm biasa, air agak2 la ye. dah buat mcm ni, kejap je dh siap bubur baby :) utk baby 6 bulan, lepas masak blend lagi sekali smp halus. lepas tu tambah ebm spy cair. utk first time tu biar betul2 cair tau, lepas tu baru slow2 bg yg lebih pekat :)

      Lepas sekali dua bg makan yg plain, tun campur kan dgn puri.. pastikan refer carta di atas utk pilih nk bagi puri apa.. base on apa yg tun baca, list tu dh ikut buah/sayur apa yg sesuai dgn penghadaman baby ikut umur, dan buah/sayur yg dlm list 4-6 bulan tu yg paling rendah risiko alergi. byk baby food chart yg ada kat intenet, tun dh baca byk jugak, majority list buah n sayur ikut bulan tu lebih kurang la dgn carta nih.


      Tun buat puri pear dan carrot dulu. Steam, blend, freeze dlm ice cube. dh keras boleh transfer dlm zip lock atau tupperware. pastu nnti bila masak bubur masukkan je satu kiub puri dlm bubur.. jgn lupa 4 days rule ye :) bg baby makan puri yg sama selama 4 hari sblm bagi puri yg lain atau campur2 puri. so that kalau ada apa2 alergic kita blh detect. kalau bg campur2 terus nnti kalau baby tiba2 naik ruam ke, gatal2 ke, xleh poo poo ke, xtau puri mana penyebabnya.


      nyum nyum.. licin cayang mama makan.. hihi.. ni bagi bubur + carrot + ebm.. awal2 ni sekali buat bubur 1 sudu je.  lepas makan sambung nenen.. haha.. nmpak mcm xcukup je, tp xberani nk bagi byk sgt. nnti lepas seminggu dua baru bagi byk sikit :)

      ok.. tu je.. nnti tun share lagi.. smg bermanfaat ^^

      Super Easy Yummy Apple Cake ^^

      $
      0
      0


      Assalamualaikummm :)

      n3 cepat2 je ni sbb byk kerja nk buat.. lab report duk tangguh2 berlambak belom tanda lagi.. nx week dh nak kasi carry mark kat student.. huhu... padan muka tak berdisiplin suka tangguh2 kerja :/ byk sgt kerja pon ye jugak.. duk tenung2 kerja, last2 satu apa pon x buat. ish ish.. ada satu tahap byk sgt kerja smp stress, last2 masuk dapur baking. kih kih kih... teruk sungguh perangai mcm ni.


      nway.. ni salah satu kek faveret tun.. jarang2 buat sbb jarang2 beli epal. sangat laa senang, campak semua dalam food processor je. xsampai sepuloh minit dh siap masuk oben. tun suka makan sbb xmuak, lembut dan gebu je kek nih. lg satu, tun mmg peminat apple + cinnamon. mmg kalau buat nih, sekali hadap 3-4 slice, x sedor diri gula dalam badan mencanang tinggi. hehe...



      Sebekas bawa gi usrah.. suku makan, suku lagi slice2 letak dalam plastik pastu frozen. senang bila nk makan, kuarkan dari plastik masuk microwave defrost kejap.. konon2 tahan lama la, masalaahnyer selagi x habis, selagi tu duk bukak peti amik kek. kih kih...


      Apple Cake
      Sumber: Buku Cupcakes, Cookies, & Coffee Cakes
      Olahan: tun telani

      Bahan2 (loyang 23cm)
      • 4 biji epal - tun guna epal merah
      • 1/2 sk cinnamon powder
      • 1 c butter
      • 1/2 c gula
      • 1/2 c gula perang
      • 1/2 sk vanilla
      • 4 bj telur
      • 1 3/4 c tepung gandum
      • 1 sk baking powder
      Cara2
      • Kupas epal dan hiris nipis. Gaulkan dgn serbuk kayu manis. Separuh susun di bahagian bawah loyang.
      • Masukkan semua bahan lain dlm food processor dan mesin sampai sebati.
      • Tuangkan separuh adunan kek atas epal yg disusun td. Susun baki epal dan tuangkan adunan kek yg selebihnya.
      • Bakar pada suhu 180 C selama satu jam atau hingga tdk melekat pd penyucuk.
      • Biarkan sejuk, dan terbalikkan kek utk dihidang. 
      ** tun paling suka makan masa still suam ^^

      Apple Cinnamon Muffin

      $
      0
      0

      Assalamualaikummmm :)

      Alhamdulillah.. alhamdulillah... sgt2 gumbira sebab esok nak balik semenanjunggg... yayyy!!! walaupon xbalik kg, tp mama adik2 semua akan turun KL.. hihi.. tun ada hal nak ke upm serdang, so alang2 tu, stay lama sket la kan.. hihi.. ingat nk balik seminggu tp tiket wiken mahal sbb cuti sekolah. so ptg jumaat dh blk bintulu insyaAllah.


      Muffin ni dh lama buat.. 2minggu lepas kot.. hehe..masa tgh stress n xde mood nk study n gi sekolah tu kan, mmg masuk dapur godek2 stok frozen food. yee.. mapin ni tun frozen.. kih kih.. td ada gotong royong kat uni, so pagi2 tun thaw kat peti bawah. tghari tun kukus kejap n bawa gi uni :) kalau setakat nk mkn sebijik tu, tun panaskn kejap dlm microwave je.


      Cara buat mcm muffin, tp rasa mcm cupcake sket.. yg penting sedap kan :) tun sagat halus sgt, so xnmpk epal dia.. biasa tun sagat kasar sket, jd nmpk ketul2 epal tu. tp rasa x jejas.. mmg suka sgt kombinasi epal n cinnamon ^^

      Apple Cinnamon Muffin
      Resepi: tun telani

      Bahan2:
      • 2 cups (250g) tepung
      • 2 sk baking powder
      • 1 sk cinnamon powder
      • 1 cup (190g) gula
      • 75 g butter - cairkan
      • 3/4 c (183g) susu
      • 2 telur
      • 2 biji epal - sagat kasar - lg sedap campur epal merah n hijau :)

      Bahan tabur:
      • 1 sk cinnamon powder + 1 sb gula perang

      Cara2:
      • Ayak tepung, baking powder, cinnamon powder. Ketepikan.
      • Pukul gula, butter, susu, dan telur hingga sebati- tun guna garfu je.
      • Masukkan bahan ayak dan epal yang telah disagat dan kaup balik hingga sebati.
      • Masukkan dalam acuan muffin yang sesuai dan taburkan campuran gula perang dan serbuk kayu manis.
      • Bakar pada suhu 180 oC selama 15-20 minit bergantung kepada saiz muffin.


      Resepi Donat Kegemaran.. Paling lembut dan Sedap.. :)

      $
      0
      0
      gaul cinnamon sugar

      Assalamualaikummm :)

      Alhamdulillah.. dgn kesibukan dan kelam kabut kehidupan masih ada peluang mngadap blog kesayangan.. walaupon x sekerap dulu.. BW pon perlu curi2 masa.. weekdays bz ngan kerja dan study, mlm dan weekend bila ada harith mmg xleh buat apa.. lagi2 skrg dia dah stat nak mama ada depan mata sokmo. huhu.. sblm ni at least kalau ada org layan ok lg, ni dh masuk 7 bulan, tiba2 je duk tgh bdukung ngan kawan tun, tun nk tinggal jap nk gi amik wuduk, terus nk menangis.. huhu... harap2 stage mama-need-to-be-within-eyesight ni xlama.


      nway... donat yg dh berkurun buat..bulan lepas nyer gambo nih.. huhu.. mujur la gambar x basi kan.. tun mmg sgt sgt sgt sangatttt la suka guna resepi ni.. mmg xguna resepi lain.. hasil dia insyaAllah lembut dan gebu.. goreng pagi, tinggal atas meja, petang pon lembut lagi.. hihi.. 

      biasa tun buat 1 adunan, pastu goreng kejap dan frozenkan. bila2 nk mkn letak peti bawah or kat luar jap pastu goreng semula. tp biasa laa, tun bila goreng donat nih, mmg geseng sket.. nk goreng kaler cerah2 rasa mcm xsempat masak je kat dalam.. huhu.. yg penting sedap.


      Inti kacang beli kat kedai je.. mmg selalu ada stok inti kacang kat umah.. utk wat pau goreng dan pau biasa..

      Cuba la resepi ni, insyaAllah tak menyesal dan x cari resepi lain dah.. hihi.. promote baik punya, xde komisyen pon.. ok.. mari sambung kerja ^^

      Donat Kentang Fatmah
      resepi: Fatmah Bahalwan
      sumber:kak Izah, Tun telani

      Bahan-bahan

      • 500 g tepung gandum - adunan tun lembik sikit, tun tambah lg 2 sudu besar tepung
      • 50 g susu tepung
      • 11 g yis - tun guna mauripan
      • 200 g kentang - kukus, lecek - tun rebus, tos dan lecek
      • 100 g gula
      • 75 g mentega - tun guna marjerin, cairkan
      • ½ sdt garam
      • 4 btr kuning telur - tun guna 2 biji telur, malas nk bazir putih telur
      • 100 ml air dingin *air sejuk dari peti ais

      Cara-cara
      • Campurkan tepung, gula, susu, yis, kentang, dan telur. Uli hingga bercampur.
      • Masukkan mentega dan garam, uli hingga tidak melekat kat tangan - tun guna mixer mata cangkuk.
      • Tutup bekas dan biarkan mengembang 2kali ganda.
      • Canai dan terap doh, atau bentukkan jd donat. Biar hingga mengembang. Bila dh kembang boleh la goreng.

      Puding Roti Karamel

      $
      0
      0

      Assalamualaikumm :)

      Alhamdulillah, sekali lg berjaya meluangkan masa utk mngapdate blog kesayangan. Skrg kehidupan agak kelam-kabut, lagi2 encik laling sepanjang bulan ni xde kat bintulu.. :( balik kejap je wiken nih, pastu sambung outstation kat semenanjung.. uhuk uhuk.. sedih.. 

      tun bila encik laling xde, mmg dapur sgt laa susah nk berasap. berasap pon utk wat bekal harith je. huhu.. skrg ni alhamdulillah kebetulan pak sedara ada kerja kat bintulu, jd masa hntr husben tun ke epot, elok2 flight pak sedara sampai.. hihi.. tp xlama pon, 2-3 hari je. lepas ni duk 2 org je laa dgn ontel cayang mama.. akhir bulan ni baru adik tun dpt dtg teman. sementara tu, chaiyok2.. mama harith kuat!

      xde gambar cantik.. amik gambar puding yg hidang utk anak usrah husben

      Puding roti karamel ni antara dessert yg tun plg suka makan dan paling suka buat. sbb sangaaattt la senanggnyer.. bila dpt resepi yg blh masuk semua dlm blender, mmg duk ulang2 resepi ni la.. kih kih.. bulan puasa last year 3-4 kali jugak tun buat puding ni bg kat jiran tetangga. time buat makan2 kat umah pon, ni antara menu yg akan dibuat :) tp encik laling tun xberapa layan puding cam gini, so kalau buat mmg akan bagi kat jiran2 la. tp op kos separuh dh berjaya jd lemak tun.. muahahaha... 

      ok la.. kalau ada roti lebih blh la cuba ye :)

      PUDING ROTI KARAMEL
      resepi asal : rosaliza@embunkasih
      sumber : Lina.pg & Hana, 
      K.Nor
      sumber: tun telani

      Bahan-bahan
      • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
      • 4 keping roti gardenia
      • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
      • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
      • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
      • esen vanilla (1sk)

      Cara-cara
      • Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
      • Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
      • Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je  ** tun masukkan semua dlm blender dan blend sekali harung.

      Ramadhan Kareemm~

      $
      0
      0
      Assalamualaikumm...

      Sumber: ismaweb


      “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)


      Sedar tak sedar dah hampir 2 bulan tak update blog.. huhu.. mmg kesibukan melanda skrg.. lagi2 encik laling sgt kerap outstation.. jd dapur jarang berasap. kdg2 xsempat pon nk masak. masuk dapur utk masak bubur harith je.

      bermula minggu pertama puasa, tun akan ke Uppsala, Sweden utk attend summer school. Jadi tahun ni xdpt nak sama2 berkongsi idea juadah berbuka mcm tahun2 lalu. insyaAllah resepi2 yg ada harap2 sedikit sebanyak dpt juga bantu mereka2 yg xde idea nk masak apa utk diri dan keluarga..

      apa2 pun.. tun doakan supaya Ramadhan ini lebih mendekatkan diri kita kepada Allah.. tun harap semua readers dpt doakan tun juga spy berjaya manfaatkan Ramadhan kali ini eventho dlm kesibukan summer school nnti :x

      insyaAllah.. panjang umur tun update lagi :)

      Till then.. may Allah bless



      Salam Aidilfitri..yg sedikit terlewat :)

      $
      0
      0

      Assalamualaikumm :)

      Walaupon sedikit terlewat, tun ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua pembaca blog qurrataaayun ^^ Maaf kerana ramadhan yg lepas x dpt update resepi berbuka spt tahun2 sudah sbb tun berpuasa di Sweden dan Turki. Tp dh share kompilasi kuih2 kat FB harap2 bermanfaat. Owh, dan baru share album menu2 Open House raya yg selalu tun buat kat FB juga. Kalau nk xde idea nk masak apa blh rujuk album gambar kat fb ye ^^

      InsyaAllah lepas ni tun akan try update blog.. harap2 dpt la cari masa. sayang sgt kat blog ni dan kawan2 GMM ^^

      Sblm tu meh nk belanja gambar harith.. Harith dah masuk 11 bulan skrg. kejap kan dah besar. Dah pandai bertatih.. Smlm pecah rekod jalan 7 langkah ^^

      Gaya Bos posing ngan lib balm mama.. haha

      Harith suka duk Sweden sbb sejuk ^^


      Asam Pedas Ikan Pari

      $
      0
      0

      Assalamualaikumm :)

      Alhamdulillah berjaya mengapdate blog kali ni.. arini ada 'drebar' anta dtg uni. dah pkl 5 ni dh malas nk wat kerja, sementara tunggu my laling smp kita mngadap blog kesayangan yg lama sgt dah xde resepi nih.. godek2 folder nmpk gmbr yg dh berbulan peram. kih kih... sblm puasa lagi buat nih. mcm yg gmm selalu ckp, xpe, gambar xbasi.. haha... yg penting, gmbr sendiri, bkn gambar cilok org nyer.

      Asam pedas ikan pari ni antara menu yg encik laling tun suka mkn. Tun suka mkn ikan goreng ngan kari ikan je, so menu kuah2 air mcm ni tun amik kuah je. Ikan pari encik laling yg habiskan. Pastu asam pedas gini, tun tambah sayur asin jugak, ni pon sbb mr.H suka mkn. tun mmg xleh terima rasa sayur asin tu. xkene ngan tekak. tp bila mkn asam pedas kuah mesti penuh pinggan sampai banjir. hihi..


      Resepi tun olah dari resepi kat myresepi. Biasa campak2 je masak nih.. nk letak kat blog mesti sukat la kan. hehe

      Asam Pedas Ikan Pari
      Resepi asal: Junjs11@myr
      Sumber: tun telani

      • 4-5 keping ikan pari - tun beli kat pasar dia dh potong2
      • 4 ulas bawang merah-ditumbuk
      • 3 ulas bawang putih-ditumbuk
      • 2cm kunyit hidup-ditumbuk - xde, tun letak sikit serbuk kunyit
      • 1 btg serai dititik
      • 3 btg daun kesum - tun letak secekak.. lagi byk lg sedap
      • 1 bunga kantan-dibelah dua
      • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa - tun xletak asam jawa, tun letak 2 keping asam keping
      • 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
      • 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
      • garam dan gula (ikut rasa)
      • minyak masak
      • sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan) 
      • bendi - tun tambah
      • sajur asin - tun tambah

      Cara-cara
      • Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
      • Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih. (tun skip step ni)
      • Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. (tun masukkan asam keping sekali ngan air). Biar mendidih.
      • Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan. *bila ikan dh masak, tun masukkan bendi dan biar kejap.

      Kari Kuning Udang Indonesia

      $
      0
      0

      Assalamualaikummm..

      Alhamdulillah berjaya update lagi sekali.. smlm dh taip2 resepi, pastu sibuk harith nak tekan2 jugak, duk berebut laptop dgn dia, last2 tun save draft n simpan laptop.. huhu..

      Seminggu ni duk umah jaga Harith. Sayang mama x berapa sihat, kene jangkit HFMD. mula2 tu kesian sgt, meraung nk nenen, tp bila bg letak mulut, xnk nenen, duk meraung je.. pastu baru tun nmpk ulcer bawah lidah. Kesian sgt TT  Gi klinik Dopto bagi ubat spray. Tp bila spray siap muntah2, tun pon try spray dlm mulut sket. ya Allah... disaster sgt rasa dia. pastu rasa mcm kene bius nk cabut gigi.. last2 kakak tun suggest gi beli oral gel. encik laling gi farmasi, dan pharmacist tu suggest gel nih. utk teething but can use for ulcer. and it works wonder! ^^ sapu kat bawah lidah tu, dan lepas tu terus blh nenen :) alhamdulillah..

      Muka kenyang lepas nenen :)

      nway.. arini nak share resepi yg tun cuba dari buku yg encik laling belikan. dah lama beli buku nih, tp baru beberapa resepi yg bjaya dicuba. alhamdulillah, sedap2 resepi yg tun cuba setakat nih. buku klasik masakan indonesia :)



      Bahan2 simple je.. tp sedap nih.. sila la cuba :)

      Kari Kuning Udang Indonesia
      (Indonesian Yellow Prawn Curry)
      Resepi: Buku Resepi Classics Recipe of Indonesia
      Olahan: tun telani

      Bahan2:
      • 500 g udang
      • 2 bj bwg merah - tumbuk
      • 2 ulas bwg putih - tumbuk
      • 2 bj bili besar - hiris 
      • 1 sk serbuk kunyit
      • 1 inch halia - tumbuk
      • 2 btg serai - ketuk
      • 2 sk serbuk ketumbar
      • 2 sk belacan
      • 1 bj lada benggala merah
      • 4 helai daun limau purut
      • 400 ml santan 
      • Garam

      Cara2:
      • Tumis bawang, bawang putih, halia, serai dan lada sampai wangi. 
      • Masukkan daun limau purut, belacan, serbuk ketumbar, dan lada benggala. kacau sebentar.
      • Masukkan udang dan santan. Masak hingga mendidih.
      • Perasakan garam.

      ps: doakan harith cepat sembuh ye kawan2 ^^

      Kuih-Muih Utk PotLuck Jamuan Perpisahan Jiran

      $
      0
      0

      Assalamualaikummm :)

      Alhamdulillah, selepas sekian lama, berkesempatan utk update blog. kesian blog kesayangan tun ni dianak-tirikan sejak makin bz dgn harith + PhD tun.. huhu...

      Arini letak resepi byk2 terus.. hahaha.. semalam buat jamuan dgn jiran2 yg rapat.. jiran tun selama 4tahun kat Bintulu ni akhirnya ada rezeki pindah semenanjung...(sob sob.. nk pindah jugak TT .. *nanges).  kami kaum2 ibu ni duk berbincang dlm WA. mula2 nk gi makan2 kat kedai, last2 bincang punya bincang decide utk wat potluck.. end up dgn jamuan yg sgt meriah dan ramai org.. hahaha...

      Sebab tun sgt2 kesuntukan masa, encik laling pon outstation, jd tun volunteer utk kuih je. akak2 lain buat main dish.. best ooo.. ada nasi kerabu, satay, nasi himpit kuah kacang, laksa johor, soto.. mmg puas hati makan.. siap mkn bungkus utk bekalan 2 hari. kih kih.. bila encik laling outstation, tun mmg malas nk ke dapur. tiap2 hari dapur berasap masak bubur harith je.



      skrg tgh glemer corak mcm ni kat fb.. tp sbb ni resepi apam feveret tun, jd tun mmg xguna resepi lain.. why use milk when u can use santan, rite? kih kih...

      Apam Marmar
      Sumber: CMG@myr

      Bahan2 (tin 10 inci - ni ada lubang kt tengah) - tun guna acuan lompang


      • 250 g tepung berserbuk penaik -tun guna tepung gandum biasa + 1 sk baking powder
      • 200 ml santan- tun guna santan kotak
      • 200 g gula halus
      • 2 biji telur Gred A
      • 1 camca teh vanila esen
      • 1 camca makan ovallate- guna yg ada tanda halal, ye
      • Secubit garam
      • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2) 
      Cara2:
      1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
      2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat. - mix sampai adunan jd putih gebu tau
      3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
      4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.(tun asing 3 warna, yg plain campur coklat rice)
      5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong. (tun guna acuan lompang, kukus dalm 10-15 minit)




      Dah lama simpan resepi nih.. baru berkesempatan nk cuba.. sbb ada curah coklat kat atas tu, mmg cepat la laku kek nih :)

      Kek Black Beauty Chef Zubaidah
      Sumber: maklangazie
      Sumber: tun telani

      BHN A
      • 2 cwn tepung gandum/superfine - tun guna tepung gandum
      • ¾ cwn serbuk koko
      • 2st soda bikarbonat
      • 2st b/powder

      BHN B
      • 2 cwn gula castor
      • 1 cwn susu cair
      • 1 cwn myk masak @ butter dicairkan
      • 1 cwn air panas suam
      • 1sb emulco - tun letak coklat paste
      • 3 biji telur

      Cara
      • Ayak Bhn A, ketepikan
      • Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
      • Masukkan Bhn B dan gaul rata
      • Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah
      • Guna loyang 8x8


      Topping Jimat :
      • 1/2 cwn serbuk koko
      • 1 cwn gula - tun xletak
      • 2 1/2 cwn air (mklang guna susu cair)  - tun guna susu pekat separuh cawan
      • 1/2 cwn tpg jagung - tun xletak
      • 2sb majerin - tun letak byk sket marjerin

      Cara
      Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur ngan api kecil, sentiasa dikacau.



      ni resepi paling cepat.. hahaha...

      Puding Roti Marble
      Resepi: kak hana@myr
      Sumber: tun telani

      Bahan-bahan ( satu loyang )

      • 4 keping roti
      • 2 biji telur
      • 1/2 cawan susu pekat
      • 170ml susu cair
      • 8gram serbuk agar2- tun guna 10g
      • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
      • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
      • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.- tun letak 4cawan
      • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

      Cara-cara
      • Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
      • Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
      • Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
      • Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
      • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
      • Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

      Last minit buat puding jagung ni sbb susah hati bila dgr ramai pulak yg dijemput. kebetulan ada frozen corn kernel dlm peti. tun blend kasar jagung tu. resepi ni sedappp, tp xtau salah tang mane, lembek sket.

      PUDING JAGUNG KASTARD
      Resepi: Filla
      Sumber: tun telani

      Bahan2:
      • 1 1/2 cawan tepung kastard
      • 3 cawan air
      • 1 1/2 cawan gula
      • 1 tin susu cair
      • 1 tin jagung (creamy)- tun blend kasar corn kernel.. haha
      Cara2:
      • Bancuh tepung kastard dan air.. kacau hingga larut.. 
      • Kemudian masak secara api perlahan.. tuangkan susu cair, gula dan 1 tin jagung.. 
      • Kacau rata hingga menjadi likat dan pekat.
      • Tutup kan api dan tuangkan ke dalam bekas.. Biarkan sedikit sejuk kemudian letakkan dalam peti ais.. Pastu boleh dimakan sejuk-sejuk..

      Alhamdulillah.. seronok sgt potluck.. cuma spoil sbb jerebu sket, so tun susah hati nk stay lama2, kesian kat harith. insyaAllah next time blh ber-potluck lagi ^^

      Congo Bar Coklat Sedap

      $
      0
      0

      Assalamualaikum :)

      Alhamdulillah berjaya meluangkan masa mengapdate blog.. menaip laju2 ni takut harith tersedar.. hehe.. biasa mlm2 harith masuk tido pkl 9 lebih.. tp duk menenen/mengempeng dgn lamanya sblm betul2 lena. kdg2 dgn tun sekali tido lama sgt tunggu dia lena. minggu depan dah setahun sebulan.. kejap betul besar. semoga menjadi anak yg soleh.

      nway.. back to the recipe. dah lama duk save resepi nih.. sbb tun suka coklat.. hehe.. pastu tun pernah buat congo bar biasa sblm ni, tp xberapa menepati citarasa. bila tgk resepi ni senang sgt, pastu kak norlie ckp mcm sedap je.. tun nk baking utk kasi hadiah kat students, jd alang2 dh lama teringin nk buat nih, tun bg ni je kat student. biasa every sem mmg baking kasi hadiah kat grp yg markah paling tinggi time group presentation.



      xde apa nk tabur, bantai je tabur coconut coated peanuts.. kih kih... texture dia ala2 brownies, tun suka mkn bars yg sedikit dense mcm nih. nnti nk buat topping coklat jugak ^^



      tun cnp resepi ye.. tq kak for the simple and delicious recipe ^^

      CONGO BAR CHOCOLATE SEDAP
      Resepi: kak norlie
      Sumber: tun telani

      Bahan2
      • 280 g Tepung Gandum
      • 2 1/2 sudu kecil baking powder
      • 30 g serbuk koko
      • 250 g butter - cair / 1 cawan minyak - tun guna marjerin je
      • 300 g gula caster
      • 3 biji telur B - tun guna telur A
      • 1 sudu kecik Esen Vanilla
      • 1 cawan coklat chip - jk suka - tun xde stok
      • Kekacang pilihan utk tabur di atas

      Cara2:
      • Pukul telur dan gula caster. Pukul sekadar sebati je, tak perlu hingga kembang.
      • Masukkan esen vanilla.
      • Masukkan tepung gandum yang dah dicampurkan serbuk koko dan baking powder dengan cara kaup balikkan adunan dengan spatula.
      • Masukkan minyak dan gaul hingga sebati. Masukkan Coklat Chip (jk suka).
      • Tuangkan dalam loyang yang sesuai. Ratakan kesemua bahagian. Taburkan coklat cip/ kekacang pilihan (jk suka)
      • Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven.


      Egg and Vegi Dumpling

      $
      0
      0


      Assalamualaikummm :)

      Alhamdulillah... alhamdulillah... ada masa menjenguk blog kesayangan slps hampir 2 bulan tinggal.. tak sempat lgsg nk menjenguk.. rindu kat kawan2 GMM, especially yg xde @ x aktif kat fb.InsyaAllah start bln ni akan ada lebih masa untuk ber-blogging :)

      Lama sgt x pegang kamera, skill amik gmbr pon dh lari (walaupon sblm ni pon xde la pandai sgt).. tp rasa2nya kamera tu merajuk kot, kelabu je gambar eventho dh cuba meng-edit.. huk huk.. nway, lamaaaa sgt tak mendumpling, sampai lupa cara nk kelim.. haha...1st dumpling jadi bentuk karipap :p


      Tun suka guna gyoza pastry ni utk skin dia.. tp ni pun rasa2nya kualiti dia dh jd agak 'kureng' berbanding sblm ni.. sblm ni skin dia putih je, skrg dh jd kuning ala2 wonton skin dah. but still better dari mnguli sendiri. haha... xcukup kerajinan nk mencanai nipis2.

      Amik gambar yg kelim cantik je.. yg lain hancusss
      Dumpling try n error namanya nih.. sbb mode INSAP lps lunch pizza mkn tahap tak ingat dunia.. huhu.. dinner egg n vegi je.. kalau nk mkn salad xlalu, tp bila sayur2 tu isi dlm dumpling or popia, lajuuuu makan.

      Egg & Vegi Dumpling
      Resepi: tun telani

      Bahan2:
      • Dumpling skin (tun prefer guna gyoza pastry, 1peket ada lbh kurang 30 keping)
      • 2 biji bawang merah- dadu kecil
      • 1 inci halia - tumbuk
      • 2 ulas bawang putih
      • 3 biji telur
      • 1/2 genggam daun kucai - potong kecil
      • 1 cawan kubis - cincang dadu halus
      • 1 batang carrot - sagat
      • 1sk minyak bijan 
      • 1sk gula 
      • 1 sk garam
      • 1 sk tepung jagung
      • lada hitam

      Cara-cara
      • Pukul telur dan masak telur hancur (scrambled egg)
      • Campurkan semua bahan2 inti. 
      • Masukkan inti dakam skin pastry dan kelim kemas.
      • Panaskan non-stick pan dgn sedikit minyak, susun dumpling dan biar hingga sedikit garing di bahagian bawah.
      • Tuang sedikit air, dan tutup kuali untuk steamkan dumpling. Biarkan hingga kering.
      • Boleh hidang dengan dipping sos atau sos cili.

      Cara kelim boleh refer SINI


      Sblm ni skin dia cantik je lps steam, tp skrg dah x cantik

      Dumpling Dipping Sauce
      sumber: tun telani

      bahan2:
      • 1/4 c kicap manis
      • 1/2 icnh halia- tumbuk
      • 1 ulas bawang putih- tumbuk
      • 2 bj cili padi- tumbuk
      • 1 sb vinegar- tun guna apple cider vinegar
      • 1 sb minyak bijan

      Cara2
      • campurkan semua bahan dan biarkan seketika supaya rasa dia sebati.

      Churros - Fenomena terbaru di FB

      $
      0
      0

      Assalamualaikumm :)

      Alhamdulillah arini first usrah utk sem baru.. dah lama x usrah dgn anak2 tun. sem lepas sgt busy dan tun lama xde kat bintulu, jd agak terabai anak2 usrah. insyaAllah sem ni akan lebih fokus pd dieorg, semoga ada progress yg positif by the end of the semester. 

      Bila start usrah, maka pagi ahad akan pening la pikir nk bawa bekal apa.. hahaha.. dah mak usrah nyer food blogger, mmg selain nk bawa pengisian apa, perkara plg utama adalah nk bawa bekal apa.. kih kih..

      2-3 hari ni wall FB tun penuh ngan gambar churros.. pernah buat few years back guna resepi dlm buku resepi.. kali ni saje nk try resepi yg ramai duk share.. sama je rasa dgn yg tun buat sblm ni :)


      Churros
      Resepi: FB Mariana
      Sumber: tun telani

      Bahan2:
      • 1 cawan air masak
      • 1 sb gula
      • 1/2 sk garam
      • 1 sb minyak masak
      • 1 cawan tepung gandum
      • 1 bj telur gred A

      Cara2:
      • Panaskan air garam gula dan minyak sampai mendidih. 
      • Perlahankan api dan masukkan tepung. Kacau laju2 sampai tepung bergumpal dan tak melekat kat periuk.
      • Biarkan sejuk kejap dan masukkan telur. Kacau sebati. - tun guna mixer, senang sket. 
      • Paipkan guna noozle bintang yg besar atau acuan semperit - adunan sedikit keras, jd agak struggle kalau guna piping beg ye.
      • Gorengkan hingga kuning keemasan.
      • Salut guna+cinnamon or celup sos coklat :)

      ps: cara tun, paipkan semua dulu baru goreng, sbb agak lambat nk paip tu. nnti hangus yg dlm kuali sambil2 nk paip.
      pps: sedap makan panas2.. kalau biar 2-3 jam jadi liat sket tau.

      alas plastik, dan paip semua dulu baru stat goreng


      Nyum nyum... sos coklat tu ekceli guna resepi ganache je.. gaul susu pekat+ cocoa powder + butter/marjerin. masak api perlahan. kalau pekat sgt campur susu sejat sket. ikut selera masing2 la ye ^^


      Pucuk Paku (Midin) Masak Lemak Tempoyak

      $
      0
      0

      Assalamualaikummm...

      dah akhir tahun rupa2nya.. kejap je rasanya kan.. tun pon xtau apa yg tun buat spjg tahun.. haha.. teruk kan.. smg hari2 mendatang lebih baik insyaAllah..


      Lama x tayang sayur. duk ulang2 stir-fry ngan sayur air je.. kali ni sayur special sket, tu yg rajin amik gambar. hihi.. tun mmg suka pucuk paku. kat sarawak selalu jumpa pucuk midin ni, halus2 xmcm kat semenanjung. tempoyak import dari segamat.


      Lebur je semua dalam periuk.. nk letak resepi pon xsukat pulak..

      Santan pekat, sayur pucuk midin/ pucuk paku, tempoyak, serai, serbuk kunyit, asam keping, garam. kalau nk pedas masuk cili padi.


      makan dgn ayam goreng atau ikan goreng :)

      Kuih Lapis Mochi

      $
      0
      0

      Assalamualaikummmm :)

      Tun kat kampungg sekarangg!!!! ^^ hepi! hepi!! tp esok dh nk gi KL.. pinjam kereta kakak. kakak cuti seminggu je TT sob sob..punya laa cuti 2 minggu.. huhu... tak tau lagi minggu depan plan mcm mana.. huhu.. duk diam2 kat umah mertua je la kot. xpe la, mertua pon mak jugak kan.

      loyang 4segi xde yg muat kukusan, tpaksa guna loyang bulat

      Dah lama queue resepi ni.. sbb berkenan kat nama dia tu.. bila tgk MOCHI tu terbayang kenyal2 mcm kuih beras jepun tu. tp rupa2nya xde la beza sgt rasa dgn kuih lapis biasa tu.. cuma kenyal sket. 

      Ooo... nmpk tak watermark tgh2 gambar tu? sbb geram selalu gambar geng masak2 kne curi.. huhu.. gambar xcantik pon kene curi. aritu tun gugel2 resepi cari idea nk masak bekfes, sekali kuar gmbar mee goreng yg tun masak, tp blog org lain laaa... ish ish.. xhabis2..


      tak bawa blk dslr, jd gambar kemera hp je la.. asal ada gmbr dan gmbr sendiri bkn gmbr curi kan :)



      Kuih Lapis Mochi
      Resepi: Alinah binte ali (FB)
      Sumber: tun telani

      ** tun guna separuh adunan, tu pun penuh loyang 8inch

      Bahan (a) :
      • 740 gram gula caster
      • 500 gram tepung beras
      • 300 gram tepung ubi (tapioca flour)
      • 4 tin santan kara (425 ml x 4)
      • 1 sudu teh garam
      • pewarna pilihan

      bahan (b) :
      • 200 ml - 500 ml air

      Cara2:
      • Sapukan minyak keliling loyang/acuan. Panaskan air kukusan sehingga mendidih sebelum mengukus kuih.
      • gunakan pemukul dawai dan kacau bahan (a) sehingga rata.kemudian masukkan bahan (b) 1 sudu makan dan di kacau.
      • ulang proses ini dengan memasukkan sesudu demi sesudu sambil di kacau rata, sehingga tekstur menjadi licin.
      • tekstur adunan harus tidak terlalu cair atau terlalu pekat.(tun guna dalam 150ml air utk separuh adunan)
      • kemudian adunan di bagi kepada 3 atau 4 bahagian atau ikut citarasa dan bubuhkan pewarna pilihan.
      • tuangkan satu warna adunan kedalam loyang atau acuan dan kukus selama 10 minit atau sehingga bahagian tengah kuih masak.
      • ulang proses ini sehingga semua lapisan siap di kukus.
      • setelah masak kesemua lapisan, keluarkan dari kukusan dan biarkan sehingga sejuk di dalam loyang. kemudian baru boleh di potong dengan mengunakan pisau plastik
      Viewing all 201 articles
      Browse latest View live