Quantcast
Channel: Life is a Constant Battle
Viewing all 201 articles
Browse latest View live

Kuih Buka Puasa: Kuih Tepung Bunga

$
0
0
 Assalamualaikummmm :)

Sedar tak sedar dah masuk minggu ke dua ramadhan.. dh brp juzuk Qur'an berjaya baca? jom marathon sama2 khatamkan :) bulan puasa ni pahala berganda2.. tun nk solat sunat byk2 xlarat, sbb bila sujud sure rasa nk termuntah, jd harapkan pahala baca qur'an je lebih sikit..huhu.... 

Ok laa.. nk tulis panjang2 xde idea.. nk gi ronda2 dapur kawan2 pulak pasni. 2-3 hari sekali baru buka laptop nih. guna hp susah nk BW.


Kuih tepung bunga ni kuih penyelamat di bulan puasa. haha.. mmg kuih wajib 2-3 kali buat sepanjang ramadhan. sbb sangat express.. kdg2 bila dh siap masak tu, xde kuih nk hntr ke surau, mmg godek2 kuih tepung bunga ni la. kejap je siap.. ni kuih jenis yg campak2 dan xpernah tun sukat tepung santan bagai.. so tun cnp dr blog kak nor sukatan dia.. adunan dia mcm nk buat onde2.

KUIH TEPUNG BUNGA
Resepi: kak Nor 
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 1 1/2cawan tepung pulut
  • 3/4cawan (180ml) santan pekat - boleh juga guna air
  • 1/2 st garam halus
  • 2 bj telur
  • minyak utk goreng
  • gula utk tabur
Cara2:
  • Gaul tepung pulut dgn santan & garam hingga sebati sampai boleh membentuk bola,
  • tak melekat kat tangan dan bekas ( cam jd berkilat skit )
  • Pastu gentel sebesar guli hingga habis.
  • Pecahkan telur dan kocok/pukul hingga sebati.
  • Panaskan minyak dan  leperkan sebiji adunan td atas tapak tangan, jd sebesar duit siling 50.
  • Celup dlm telur dan goreng sampai golden brown dan toskan
  • Hidangkan dlm piring dan tabur gula.
  • Siap!


Menu Buka Puasa: Roti John

$
0
0

Assalamualaikum....

Sedar tak sedar dah hampir separuh bulan kita berpuasa.. mmg rugi kalau sia2 kan bulan yg mulia ni. jadi sblm berakhir ramadhan, mari kita marathon ibadah ^^  selain solat dan qur'an, blh banyakkan amalan bersedekah juga.. kat FB skrg masing2 duk share pasal GAZA kan.. jgn share saje2, selain doa, infak kan sedikit harta kita pada mereka.. blh klik gambar Aman Palestin kat side bar belah kanan ni blog tun ni.. mcm2 cara utk menderma ada :) insyaAllah, walaupon sedikit, besar nilainya pada mereka di sana. lagi pun minggu depan Aman Palestin akan hantar rombongan pakar perubatan utk mmberi bantuan, mungkin bantuan kita pd hari ini boleh menampung kos ubat-ubatan dan perjalanan mereka, insyaAllah :)

Ok lah..nk share menu pula.. sbb tun xberapa kuat nk masuk dapur time puasa kali ni.. jd most of the time, mama yg masak.. tun tolong sikit2 je.. huhu.. tp smlm berkobar2 pula semangat nk wat Roti John ni. ekceli dr last week lg nk buat. tp duk tangguh2.. 

gambo dlm dulang terus haa.. kui kui
Tun buat 2 jenis.. satu inti ayam, satu inti daging.. 2 dulang terus buat smlm. hahaha.. mclm nk jual kt pasar mlm dh rasanya :p  alang2 buat, hantar gi surau dan umah sedara2 sikit :)

Roti John Mudah
Resepi: umie @ myr
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 250gm daging cincang 
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • sedikit garam
  • 3 biji telor
  • sedikit butter
  • 6 keping roti 'finger rolls'
  • sos dan mayonis (jika suka)
Cara2:

  1. Blend bawang dan bawang putih
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari
  3. Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak
  4. Belah dua roti jangan sampai putus
  5. Masukkan telor dalam daging cincang
  6. Pukul sebentar telor+daging
  7. Panaskan butter dlm kuali
  8. Sapukan adunan daging+telor atas roti  - tun letakkan adunan dlm kuali pastu telangkupkan roti atas tu, style org pasar malam masak
  9. Terlangkupkan atas kuali
  10. Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar
  11. Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing
  12. Hiaskan dengan sos dan mayonis jika suka- tun letak coleslow, timun dan tomato

Chewy Gooey Brownies

$
0
0

Assalamualaikumm :)

Dah lebih sebulan rupa2nya x update blog.. huhu.. kesian kat blog kesayangan tun nih, bersawang2.. jarang2 memasak skrg, kesihatan kurang mengizinkan.. biasa harapkan mama, dan kdg2 abah tun yg masak. hahaha... teruk sungguh.. orang lain pon pegnen gak, xde la manja mcm nih kan.. dh masuk 39minggu.. 9 bulan dah, tp alahan still ada.. dugaan betul. false contraction pon sgt2 kerap, dh few weeks menghadapi false contraction, kdg2 smp xleh berdiri. solat pun duduk. jarang2 masak tu, nk siang ayam pon mmg angkut kerusi ke singki, xleh nk berdiri lama. harap2 xlama lagi kuar la si kecik nih.. doakan tun selamat deliver a healthy boy with ease.. aminn...



Brownies ni tun buat last week dah.. kdg2 mari angin gatal tangan nk membaking tuh, cramp ke, sakit perot ke, mmg ke dapur jugak.. huhuhu.... geram nengok cooking coklat duk dlm peti dh berminggu pon ye jugak.. pastu geram jugak nengok marshmallow kat dapur xde org makan.. adik tun la nih, balik cuti suka betul gi membeli brg2 baking, byk pulak duk membeli, cuti kejap je, bkn sempat nk baking byk2 pon. last2 penuh peti ngan brg yg dia beli.. huhu.. 

tun godek2 resepi berkenan kat resepi nih.. mostly sbb nama dia.. haha... xleh makan byk2, muak dan risau gula mencanak tinggi nnti :p  sekali makan seketul kecik je nooo..



Chewy Gooey Brownies
Resepi: Sister's Cakery, Ourkizuna
Sumber: tun telani

Bahan-bahan (loyang 8")

A:
  • 170g cooking chocolate
  • 90g butter
  • 35g coco powder

B:
  • 100g tepung
  • 1/4ts garam
  • 1/4ts baking powder

C:
  •  2 biji telur + 1 kuning telur
  • 180g gula castor
  • 1sk esen vanilla

Cara2:
  • Cairkan bahan A secara double boiler atau guna microwave
  • Ayakkan bahan B.
  • Pukul telur sampai kembang dan masukkan esen vanilla. Masukkan bahan A (coklat) yang telah dicairkan dan gaul rata.
  • Masukkan bahan B (tepung yang telah di ayak).
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30-35 minit.

*** tun letak marshmallow lepas bakar.. dan masukkan dalam oven sekejap supaya sedikit cair :)


Alhamdulillah..HM jr.. Our Bundle of Joy ^^

$
0
0

Assalamualaikumm :)

Alhamdulillah.. alhamdulillah... introducing our bundle of joy ^^

Harith Muqree bin Mohd Hazwan <3>3>
DOB: 28 Ogos 2014
Weight: 3.6 kg

Day 1 @ Hospital Besar Kemaman

Alhamdulillah di atas anugerah yg dikurniakan Ilahi.. walaupun tun 9 bulan alahan, kelahiran baby dipermudahkan.. pergi spital around 10 pagi, pastu terus masuk dewan bersalin. 2.49 petang harith dh lahir.. tgk perut kecik je, semua bajet baby kecik, last scan pun 2kilo lebih je.. sekali kuar, semangat! hehe... bab berjahit sejam tu tak yah citer laa.. huhu.. yg penting baby sihat dan lahir normal.

Ptg hari ke 2 dah blh balik umah ^^

Day 2 doktor round ckp baby ada kuning.. adoii.. xsanggup nk duk spital lama. kemaman xdop spital private, dan wad xde kelas ye, semua org sama taraf je.. jd sedikit x selesa. lagi2 katil tepi dinding dan org lalu lalang dpn katil. segan nk menyusu. Tp alhamdulillah doktor dan misi spital kemaman sgt baik.. doktor dan misi2 kat klinik kesihatan chukai pon sangat baik dan friendly.

Baby harith kuning agak tinggi, tp alhamdulillah still blh balik umah. lagipun misi dtg check tiap2 hari .. esok tu misi dtg check, misi suruh gi check darah kt klinik sbb kuning makin jelas. Mujur wiken, mama ada. jadi mama n en laling bawa gi klinik. pastu tiba2 kene gi wad emergency check darah. mmg cuak sgt takut kene masuk wad. alhamdulillah walaupon kuning tinggi, tp still blh balik umah, n tiap2 hari perlu check darah.

Sewa mesin phototherapy from klinik zahrawi (kalu xsilap), RM90 per day

bila kuning tinggi tu kan, mama dia ni dh nangis2.. huhu.. kesian sgt sbb susu xde. kuar sikit2 je. dh la doktor suruh susukan every hour. last2 adik ipar tun pump susu, n bg botol kat harith. tp dh desperate sgt, beli je formula. kesian sgt umur 3-4 hari dh minum susu formula. mama mandikan dgn air daun ape ntah, pastu bagi sikit air anggur hitam jugak, pastu mandi spa hydrotherapy (abah ada beli mesin hydrotherapy). Alhamdulillah tiap2 hari makin ok kuning... tak smp semingu dh sembuh. Syukur ya Allah.

gambar feveret mama saya nih :) just b4 saya dibotakkan.. hihi

7 hari aqiqah kamben.. hajat hati nk hantar kat klinik juga sbb suka sgt kat misi2 kat situ. tp sbb aqiqah weekend, xde rezeki staff klinik nk makan gulai kamben ngan nasi beriyani.

saya dah botak ^^

Alhamdulillah hari ni dh 41 hari. tun pantang 40 hari je.. hihi.. so arini xpakai stokin dah.. legaaa kaki :p

Sayang Mama :)

Semoga Harith Muqree menjadi anak yg soleh dan membesar dengan sihat. Aminn..


Kek Minyak... berupdate jugak akhinya.. hihi

$
0
0

Assalamualaikummm :)

wahh... x sangka berjaya meng-update blog.. hihi.... kagum juga kat diri sendiri sbb bjaya buat kek.. tun ni ketinggalan zaman, org lain dah berderu buat kek minyak nih, tun baru nk buat. Rindu sgt nk membaking2, tp mmg susah nk cari masa. Skrg Alhamdulillah ada buai letrik, bila harith tido, xde la nk kene duduk dpn buai hayun buai tu. dak kecik ni mmg siang susah nk lena tido kalau tak hayun buai dia. Alhamdulillah juga skrg ni pagi2 harith tido agak lama. Sempat la nk masuk dapur kejap sblm dia sedar cari nenen.


Nak tiru kek yg kak lina buat, tp tun kurangkan colouring.. abaikan sedikit ke'hangusan' kek nih.. dekat2 nk masak tuh, dak kecik ni tersedar nak nenen.. adoii.. encik laling pulak xde nk suruh tengokkan oven. dah siap nenen baru nk kuarkan kek dari oven, mmg of cos laa geseng kek nih... kih kih... kek minyak ni rasa dia sama mcm kek span yg tun selalu buat, resepi pon lebih kurang je, cuma resepi ni ada susu pekat manis.

KEK MINYAK
Resepi: MyResipiLiNa Pg
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)
  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus (LiNa Pg gn 1/2 cawan gula kastor) - tun ikut kak lina
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn 3/4cawan) - tun ikut kak lina
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 170'C
  • Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  • Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  • Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  • Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  • Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  • Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  • Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  • Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (LiNa Pg bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah)
  • Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

Rojak Tepung, Mee.. dll.. hihi

$
0
0

 Assalamualaikumm..
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga buka blog nih.. rindu nak berblog, tp masa x mengizinkan.. skrg dh stat sem baru, so bertambah la kerja nya.. this sem request utk ajar 1 subjek je, x terkejar.. skrg pon agak stress with my PhD. lama sgt tinggal, otak berkarat2 :(  last week lepas meeting, terasa semput kejap sbb terhempap dgn realiti sgt2 byk kerja yg perlu dibuat utk research.. huk huk.. tp bila stress sgt satu apa pon xjalan.. huhu.. semoga Allah berikan ilham dan permudahkan utk siapkan semua kerja.

Macam2 ada haa... sate ayam ngan bergedil pon ada.. haha

Alhamdulillah jugak my harith cayang nmpk OK duk umah pengasuh... mak angkat dia pon nmpk OK. Lepas solat mmg doa sungguh2 biar la pengasuh dia sayang harith mcm mama dia sayang.. aminn..

Ok laa.. sambil2 pam susu mengapdate blog nih.. kih kih... talk about multi-tasking ;p rojak ni buat sblm bersalin lagi.. 3bulan dh dlm folder.. hahaha.. skrg ni masak bodo2 je.. kalau wat sup ayam tu, siap campak terus bayam kat dlm sbb xsempat dh nk masak sayur.. bekfes most of the time makan kedai... huk huk.. lps hntr harith umah pengasuh singgah bekfes or beli kuih je.. harap2 xlama lagi lebih teratur hidup n xde la byk sgt mkn luar.


ROJAK TEPUNG
Resepi Asal:Kak Hana

Bahan-bahan

UTK KUAH
  • 10 tangkai lada kering - bleh tmbh klu suka pedas
  • 40g kacang tanah - goreng n blend
  • 40g biskut tawar - blend halus (bleh tmbh lg klu tk cukup pekat)
  • *segenggam udang kering
  • *sebiji bawang besar
  • *5 biji bwg merah
  • *3 ulas bwg putih
  • gula melaka
  • air secukupnyer - dlm 6-7cwn
  • garam
  • gula putih - klu tk cukup manis lagi. kuah rojak sedap manis2 pedas :)
UTK TEPUNG ROJAK
  • 2 cwn tepung gandum
  • satu sudu makan rata yis
  • 3 sudu gula
  • garam
  • air
  • pewarna kuning - optional
  • myk utk deep fry
*** next time nk letak taugeh ke, kucai ke, kasi sedap skit, yg ni plain sgt..
    BHN SAMPINGAN - ikut suka la mana2 nk buh!
    • timun - hiris
    • tauhu - goreng n hiris
    • tempe goreng - hiris
    • sengkuang - hiris
    • salad lettuce - hiris
    • kangkung celur (optional)
    • taugeh celur (jika suka)
    • telur rebus - belah dua (klu suka goreng la)
    • kentang - rebus n belah2 ( pong bleh goreng dulu)
    • ayam goreng - nih klu nk wat rojak ayam
    • mee kuning (celur)- yg nih plak klu nk wat rojak mee
    Cara-cara
    • UTK KUAH - basuh lada kering...kemudian toskan. panaskan minyak.goreng sebentar lada tuh.jgn lama sgt nnti hangit kuah jd tk sedap! dh tuh angkat n toskan minyak.
    • blend yang bertanda * dan lada kering td. rebus bhn2 blend (*klu nk tumis bleh gak!)
    • masukkan skali gula melaka n air secukupnya. didihkan.
    • pastuh masukkan serbuk biskut n kacang tanah. kacau rata... perasakan ngan garam dan klu nk tmbh gula lagi bleh la tambah. klu terpekat sgt bleh tmbh air lagik. dan klu kurang pekat leh tmbh biskut blend.pandai2 la ejas yer!
    • bila dh menepati citarasa kuah rojak, matikan api!
    • UTK TEPUNG - bancuh yis ngan air suam.aktifkan!
    • dlm mangkuk lain...masukkan tepung,garam,gula,pewarna n gaul sebati... masukkan air yis td skit demi sedikit. kacau.agak2 adunan cam wat cekodok.
    • perap adunan selama 1 jam.
    • panaskan minyak. goreng tepung td hingga kekuningan.
    • CARA HIDANGAN - susun semua bhn sampingan n tepung td belah empat.curahkan kuah! siap! :)

    Agar-Agar Lapis Oreo

    $
    0
    0


    Assalamualaikummmm :)

    Alhamdulillah masih berkesempatan utk berkongsi resepi di blog kesayangan tun nih.. walapun tenggelam-timbul, tp at least x karam terus kan.. hihi.. dari last week lagi duk teringin nk buat pudding.. dh lama betul rasanya x mkn pudding. nk beli pun xtau nk beli kat mana. kalau kuih2 tu bila terasa nk makan sgt tun singgah gerai tepi jalan lepas hntar harith umah mak angkat dia. huhu.. nk buat, tp mmg kekangan masa betul.


    Agar2 lapis oreo ni antara puding kegemaran tun.. sgt glemer tahun lepas puding nih.. semua org pun duk tayang.. masa tu 2-3 kali tun duk ulang puding nih. kali ni tun guna cocoa powder, mmg lagi sedap rasa dia berbanding guna milo/oligo. Cuma kali ni versi nak cepat, tun wat 2 layer je.. kalau 3 layer lagi sedap rasa dia.


    Cnp je resepi.. kalau ada yg belum cuba, cuba la buat.. kompom x menyesal, serius sedap nih.. hehe..

    Agar-Agar Lapis Oreo
    Resepi : Along - HomeKreation
    Sumber : Kak Ayu . kak Mastun telani

    Bahan :
    • 1 bungkus @ 10g Jelly Powder -  tun guna serbuk agar-agar
    • 750ml Air
    • 160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula
    • 1 tin @ 400g Susu Cair
    • 3/4 cup Serbuk Milo - tun guna cocoa powder
    • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

    Cara :
    • Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
    • Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
    • Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
    • Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan. Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
    • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo.
    • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
    • Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

    TIPS UNTUK MELAPIS:
    - Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
    Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
    - Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

    *** tun wat versi pemalas, 2 lapis je.. huhu

    Puding Fruit Cocktail

    $
    0
    0

    Assalamualaikumm :)

    Happy holiday pada semua cikgu cikgi dan mereka yg masih bersekolah.. jeles sgt tgk kawan2 yg dh balik dan akan balik kg.. TT  kat sini pon akan makin sunyi sbb ramai juga staff yg akan balik kg sempena cuti sekolah.. geng2 kat sini pon ada yg balik kg dgn lamanya dgn anak2, tinggal husben kat sini.. untung jd housewife n cikgu, dpt balik kg lama. tp tun xde la sedih sgt kali ni, sbb minggu depan nnti mama n adik2 nk datang :) encik laling outstation 2weeks, jd mama dtg teman kat sini. Mujur ada harith kan, kalau tak mmg xde laa saje2 mama tun nk dtg sini teman tun masa encik laling xde. apa saje demi cucu, ye tak? hehe.....


    nway.. puding ni wat semalam. ada buat majlis makan2 dgn kawan2 usrah. sempena juga sbb sorg adik usrah ni dh habis study dan akan balik for good minggu depan. biasa nya kalau ada makan2 tun akan prepare most of the food, tp kali ni xsempat la. sgt2 bizi dan mlm2 harith biasa xleh tinggal. so wat pot luck je. tun just rebus nasi himpit, pastu wat 2 puding. satu puding lapis oreo, the other one this one. mula2 nk lapis2 kasi cantik jugak, tp harith dh mengamuk, so campak je semua dan masak. huhu.. 

    Puding simple2 je.. tp sedap. siap ada yg msg mintak resepi lagi. alhamdulillah.. :)

    Puding Fruit Cocktail
    Resepi: tun telani

    Bahan2:
    • 10 g  serbuk agar-agar
    • 1 tin fruit cocktail
    • 700 ml air
    • 1 tin (400g) susu cair
    • 150g gula


    Cara2:
    • Masak air, serbuk agar2, gan gula hingga gula cair.
    • Masukkan susu cair dan fruit cocktail termasuk dgn air gula dalam tin fruit cocktail tu.
    • Masak hingga mendidih.
    • Tuangkan puding ke dalam acuan yg sesuai.



    Puding Roti Marble

    $
    0
    0

    Assalamualaikummm :)

    Alhamdulillah.. alhamdulillah.. arini berjaya buat puding yg sedap.. hihi.. arini lecture pagi je, pastu plan nk wat lab work. lepas lecture pegi lab tgk2 sample belum kering, so belom boleh proceed extraction.. jd tun pon sesuka hati balik umah :p berkobar2 nk mendonat, alang2 budak montel kat umah mak angkat dia. tp blk umah tgk2 minyak tinggal secotet je :( so babai donat ku, nx time la mendonat.

    alang2 balik awal tu, nk jugak wat kuih kan.. tgk ada roti 4 keping, esok expired roti tu.. so fikir2 nk wat puding roti karamel or puding roti biasa. sbb malas nk wat karamel tu, tun godek puding ni je la. cepat je dh siap :)


    Resepi dari kak hana. dh ramai yg buat resepi nih.. tun saje terajin bahagi 3 puding tu kasi cantik sket :)

    Puding Roti Marble

    Resepi: kak hana@myr
    Sumber: tun telani

    Bahan-bahan ( satu loyang )
    • 4 keping roti
    • 2 biji telur
    • 1/2 cawan susu pekat
    • 170ml susu cair
    • 8gram serbuk agar2- tun guna 10g
    • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
    • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
    • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.- tun letak 4cawan
    • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

    Cara-cara
    • Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
    • Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
    • Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
    • Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
    • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
    • Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk! 

    Kari Kepala Ikan Merah

    $
    0
    0

    Assalamualaikumm :)

    Alhamdulillah.. semalam masak lauk yg tun sgt2 suka makan.. hihi.. bila en laling beli ikan merah, mmg kompom kepala dia tun akan masak kari. sedap wooo kari kepala ikan. yg paling best, en laling tun x makan kepala ikan.. hohoho.. bahagia bahagia.. kalau kat umah tun, kepala ikan bila wat kari mmg menjadi rebutan.. jd kat sini blh mkn dgn bahagianya :)



    hmmm... xde modal nk citer ape.. huhu.. tgh buat soalan test 1.. plan nk siapkan semalam. tp lack of self discipline, xtau wat ape smlm. ni pon baru buat satu soalan. adoii... rajin! rajin! dh siap soalan ni nnti xyah fikir dah. blh rajin study utk PhD.

    Close up sket.. garangnya dia... hihi
    ok la.. resepi ulang2 je ni. tp kalau xletak kat blog nnti bersawang pulak xde n3..

    Kari Kepala Ikan Merah

    Bahan2:
    • 1 kepala ikan merah saiz besar- belah 2
    • 2 keping isi ikan merah
    • 1 bj bawang besar- mayang
    • 2 ulas bawang putih- tumbuk
    • 1/2 inch halia- tumbuk
    • 2 tangkai daun kari
    • 1 sk halba
    • 2 sb cili giling
    • 2 sb rempah kari ikan - tun guna adabi - campur sedikit air utk jadikan pes
    • 1/2 cwn santan
    • sedikit air asam jawa
    • air secukupnya
    • bendi- jika suka
    • garam
    Cara2:
    • tumis bawang besar sampai layu, masukkan bawang putih, halia, daun kari, dan halba. tumis hingga wangi.
    • masukkan cili giling, rempah kari ikan dan serbuk kas-kas . tumis hingga pecah minyak.
    • masukkan santan dan air secukupnya. Masak hingga mendidih.
    • Masukkan ikan dan air asam jawa, biar mendidih. perasakan garam dan tambah bendi jika suka.
    ps: tun wajib ada sambal belacan bila makan kari kepala ikan nih ^^

    Bingka Pandan Tanpa Telur + Kunjungan blogger Mel@melinblossom

    $
    0
    0

    Assalamualaikummm :)

    Tun tgh berbahagia sbb mama dan 2 org adik tun ada kat umah skrg nih ^^ dtg teman harith sbb abi harith outstation 2 minggu. Smp selasa aritu, esok dh nk balik :( kejap je rasanya..


    nway.. last sunday menerima kunjungan blogger Mel dr mellinblossom.blogspot  :) antara blogger yg stay kat sarawak, tun plg kerap jumpa dgn mel.. rasa2nya dh lebih 5kali kot jumpa mel.. hihi.. alhamdulillah, tu salah satu perkara yg plg tun suka pasal GMM nih.. kawan2 alam maya rasa sgt rapat, n bila jumpa rasa mcm dh lama kenal ^^


    Mel dtg tgk baby harith yg makin bambam slps 3bulan.. gambar tpaksa diblurkan sbb sedikit ter'seksi' di situ.. huhu.. tudung tertarik pulak. tq aunty mel sudi dtg jumpa harith, siap bawak kasut dan baju baru kat harith.. nnti besar sikit harith blh pakai baju n kasut tu ^^


    Masa mel msg nk dtg pagi tu, mmg berpusing kepala fikir nk masak apa laa.. mel masih lagi berpantang lps keguguran aritu. alhamdulillah zaman skrg blh gugel je semua, tun gugel kuih tanpa telur, dlm byk2 kuih, ni yg paling senang n cepat. masuk blender semua, then campak dlm oven. sempat2 je masak kuih bila mel n hubby sampai.. panas2 lg kerat kuih nyer.. kih kih..


    bakar lama biar byk kerak. alhamdulilah sedap mcm bingka biasa.. xterasa pun adunan ni xde telur.. jimat pon jimat.. nx time blh buat lagi ^^

    Bingka Pandan Tanpa Telur
    Resepi: kak Fida@myr
    Sumber: tun telani

    Bahan2:

    • 2 cwn tepung gandum
    • 3/4 cawan tepung jagung
    • 1 cwn gula halus
    • 2 cwn santan pekat
    • 2 cawan air pandan (atau air + pandan pes)
    • 1 tin susu cair
    • 3 sb mentega/majerin - cairkan
    • garam secukup rasa
    • sedikit pewarna hijau dan kuning (opt)
    • sedikit bijan - untuk tabur
    Cara2:
    1. Campurkan kesemua bahan kecuali bijan dan kacau hingga sebati dan gula larut atau kisar dalam blender dan tapis.
    2. Tuang dalam loyang/acuan bersapu mentega/majerin dan tabur bijan.
    3. Bakar selama 1 jam atau hingga masak.
    4. Sejukkan kuih,potong kecil dan hidangkan. 

    Pucuk Paku Masak Lemak Cili Padi

    $
    0
    0

    Assalamualaikumm :)

    Lama betul x mengapdate blog.. mmg xsempat nk mngadap laptop dgn lamanya.. tgh pening dgn Phd yg xtau arah skrg nih.. *sob sob.. padahal dh pernah mngalami masalah grantt masa wat master, tp x amik iktibar jugak masa wat Phd, kan dh jd slow sbb masalah grant jugak.. nway.. semoga Allah permudahkan dan dpt proceed projek dgn jayanya.. aminnn... 


    ekceli tgh jeles nih.. mama abah Alhamdulillah dh sampai ke madinah, wat umrah, bawak sekali adik2 yg tgh cuti.. nak ikotttt!!! sob sob... rezeki adik2 yg bongsu dpt ikut mama abah. akak2 ngan abang2 kalau nk pergi kene sponsor diri sendiri.. huhuhu.. plan asal nk pergi tgh tahun aritu, masa tu tun xdpt ikot sbb tgh pegnen kan harith. tp masalah visa, so tunda akhir tahun. doa2 smg blh wat haji masa still muda lagi. dh tua2 nnti susah pulak xlarat nk berjalan.. smg Allah mudahkan utk sempurnakan rukun iman ke 5 nih.. amiinnn... 



    nway, menu terperam dlm folder. hahaha... salah satu sayur feveret tun selain terung, bendi, pucuk ubi kayu, dan pucuk midin. sayur lain makan jugak, tp kurang laju la.. sayur nih wat seperiuk pon blh hbs tun mkn sorang.. 

    kalau masak lemak ni, ikut suka hati tun je nk masak camner. kdg2 letak bawang, kdg2 x letak. ikut mood. kali ni mmg versi sungguh kurang rajin, bawang pon xletak. kih kih...

    Pucuk Paku Masak Lemak Cili Padi
    Resepi: tun telani

    Bahan2:
    • 1 ikat pucuk paku
    • 1 kotak santan (200 ml)
    • 5-6 bj cili padi- ikut kepedasan yg diingini - tumbuk
    • 1 keping asam keping
    • 1 batang serai- ketuk
    • Sedikit air
    • Sedikit garam dan kunyit
    • Sedikit ikan bilis atau udang kering (kalau guna udang kering, tumbuk dahulu)

    Cara2:
    • Masukkan semua bahan dlm periuk, masak dgn api sederhana hingga mendidih dan pucuk paku lembut.
    • Perasakan garam.

    Lontong

    $
    0
    0

    Assalamualaikummm..

    Alhamdulillah berjaya mengapdate lagi.. menu ulang2 je pon.. ni dh n3 ketiga lontong dlm blog nih.. kui kui.. tp kalau xtayang nnti berabuk pulak xde n3. biasa tun mkn lontong masa raya je. dulu masa mula2 jumpa lontong xleh terima rasa dia. biasa laa, org ganu membesar dgn nasi himpit kuah kacang, sekali jumpa nasi himpit kuah sayur lemak mmg jakun.. kih kih.. dh kawin org johor ni, rasa dh terbiasa mkn lontong.


    Kali ni lontong versi togel.. hahaha.. kalau kawan2 fb tun sure tahu nape.. mmg kelakar sbb penuh konfoden plan menu lontong utk lunch. dh siap2 bahan, buka peti tgk xde sayur.. jenuh pikir mana sayur sbb mmg ingat dh amik sayur kat kedai. pastu baru teringat tun letak semula sayur tu sbb nk gi pilih sayur yg lagi segar, last2 lupa terus nk amik.. huhu.. so the only sayur dlm lontong ni is kobis.. mujur la ada tauhu ngan tempe. encik laling tun peminat tegar tempe, jd asal ada tempe, laju la dia mkn lontong nih.


    Kalau nk mkn lontong nih, bg tun yg plg penting perlu ada sambal. sambal ikan bilis or sambal kacang. kalau xde sambal, tun kuis2 mkn sikit2 je. hehe.. resepi dari CMG, altho kdg2 tun campak2 apa yg ada dlm peti je.

    Kuah Lodeh utk Lontong
    Resepi:CMG
    Sumber:tun telani

    Bahan2:

    • 8 tangkai kacang panjang, hiris serong
    • 2 keping tauhu, dipotong kiub (nak goreng sedikit pun boleh, tapi cm tak goreng)
    • 50 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
    • 1 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
    • 1 biji sengkuang saiz kecil, dipotong seperti anak mancis
    • 3 keping tempe, dipotong kiub
    • 1/4 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
    • 1 biji kentang saiz besar, kupas dan potong seperti anak mancis- tun potong dadu
    • 1200 ml santan cair
    • 400 ml pati santan
    • Air jika perlu
    • 1 cekak soo hoon, kerat pendek
    • 2 batang serai, dititik
    • 1/2 inci lengkuas, diketuk
    • 1 kiub pati ikan bilis
    • 3/4 camca teh serbuk kunyit
    • Garam dan gula secukup rasa
    Bahan Kisar Halus:
    • 1 biji bawang besar
    • 4 biji bawang putih
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan- tun guna udang geragau
    • 1 inch halia - tun tambah
    Bahan Sampingan
    • Nasi impit @ ketupat
      Serunding - tak letak
    •  Sambal tumis @ sambal kacang
    • Telur rebus, dibelah dua

    Cara2:

    • Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
    • Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
    • Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus....

    Cok Bantal & Sambal Bilis

    $
    0
    0

    Assalamualaikummm :)

    Selamat tahun baru 2015.. dh hanpir seminggu dlm tahun baru, baru ada seru utk mengapdate blog.. sblm ni tragak2 nk post pasal makanan bila teringat kat mangsa2 banjir di pantai timur.. semoga Allah bg kekuatan pada semua utk redha menempuhi ujianNya insyaAllah. Tahun ni alhamdulillah rumah kat kg masih naik air, tp x seteruk tahun lepas.. dan Alhamdulillah dh bersiap awal mengemas barang2 utk hadapi banjir. jd xde la teruk sgt kesan banjir tu. sgt2 bersyukur kakak dan adik2 ada utk kemas umah lps banjir. alhamdulillah adik2 kat kolej/uni pon dpt cuti extra jd ramai la tukang menyental selut kat lantai.tun je yg x balik TT dh cuti dgn lamanya sblm dan slps bersalin, nk mintak cuti balik kg lagi mmg segan sgt.. lagipon bila pikir nk blk bawak si kecik ni rasa2nya bkn lg menolong, lg wat mnyemak je kat umah tu.


    nway.. enough psl banjir... citer psl bdk ontel mama ni.. harith dh masuk 4 bulan dah.. kejap betul rasanya.. duk sarawak ni, kene laa wat DPT (dokumen perjalanan terhad), mcm passport gitu. sbb kalau xbuat xleh stay lebih dari 90 hari. bayangkan nak amik gmbr passport budak 3bulan lebih.. mmg mcm2 gaya.. lebih 60 keping gambar kiteorg amik, akhirnya ada la 1-2 gambar yg nmpk formal.. hihi.. sakit perot gelak tgk gambar2 harith yg tak jadi ^^


    guna pizza cutter senang sket nk kerat

    Ok.. utk resepi, ulang tayang cok bantal.. dah lamaaa betul xbuat nih.. buat ni sbb ada jiran nk dtg umah tgk harith, xtau nk masak apa utk minum ptg, godek2 blog sendiri nmpk cok bantal nih.. hehe.. senang dan sedap.. xyah perap lama nk buat nih.

    Cok Bantal & Sambal Bilis
    Resepi: MommaMia@myr
    Sumber:Kak hana, tun telani

    Cok bantal:

    • 3 cawan tepung gandum - diayak
    • 2 sudu teh yis
    • 3 sudu teh garam
    • 3 sudu besar gula halus
    • 3 sudu besar butter / margerin (suhu bilik)
    • 1 biji telur
    • ¼ cawan air ( tambah@kurangkan bergantung doh)
    Sambal Ikan Bilis
    • 150 - 200 gm ikan bilis (dibasuh dan ditoskan) - tun goreng garing dulu


  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 6 ulas bwg merah (Ditumbuk /blend)
  • 3 ulas bawang putih (Ditumbuk /blend)
  • 4-5 sudu cili boh
  • 1/2 inci belacan (Ditumbuk /blend)
  • ¼ cawan air asam jawa (lebihkan kalau suke masam) - tun xletak
  •  Garam dan Gula secukupnya 
  • Crackers Bread Pudding

    $
    0
    0

    Assalamualaikummmmm :)

    Dah wiken lagi sekalii.. sape yg rasa sgt2 cepat masa berlalu angkat key-board! huhuhu... rasa mcm baru je ari sabtu, dh sabtu lg sekali.. xtau apa yg dh achieve sepanjang minggu nih.. kdg2 stress smp gastrik. tun xtau pulak stress blh induce gastrik, tp bila selalu sgt gastrik tun gugel2, rupa2nya stress blh jd penyebab gastrik. nape stress?? sbb banyakkk sgt kerja, x terkejar, dan kebanyakan xpandai buat TT uuu uuuuu.... kerje apa? keje research PhD... uuuu uuuuu... sedihnyer.. bila pikir2, buat master mcm kacang je compare ngan PhD ni.. chaiyok2!! you can do it!! gambatte!!! 

    ps: ckp ngan encik laling.. kalau la tun pegnen b4 stat PhD sure skrg dh berbahagia jadi housewife je.. tp sbb dh stat PhD, so terpaksa laa habiskan.. x mampu ooo nk bayar denda biasiswa.. huhu


    nway... crackers bread pudding nih buat wiken lepas sbb ada kawan nak datang bintulu tgk harith :) thanks dear jauhh travel dari Igan sana dtg bintulu nak ziarah harith.. insyaAllah bila2 cuti panjang akak bawak harith gi Igan pulak ^^

    berkenan dgn resepi yg org share kat FB sbb xpernah tgk lagi geng2 blogger buat resepi nih.. kalau tgk bahan2 dia lebih kurang bahan nak buat puding roti karamel. tun mmg suka resepi senang2 yg masuk blender nih.. kejap je dh siap. 


    Resepi ni tun dh olah ye.. resepi asal pandai2 la cari sendiri kalau nak.. kih kih.. sbb tun skrg hantu coklat, jd tun wat 2 bahagian coklat tu. lepas tu kan, tun guna cream cracker Jacobs, so agak dense sket jadinyer. nx time kalau guna Jacobs tun nk kurangkan jd 6keping je cream crackers tu, kalau guna Hup Seng ok 8keping.

    Crackers Bread Pudding
    Resepi asal: FB Resepi Sheila Rosli
    Olahan: tun telani

    Bahan2:
    • 8 keping biskut cream crackers
    • 2 keping roti
    • 1 1/2 cawan susu segar/ susu cair
    • 2 bj telur
    • 1/2 cawan susu pekat manis + 2 sudu besar gula
    • 2 sudu besar serbuk koko - tun letak 3 sb
    • 1 sk esen vanilla - tun tambah
    • Pewarna pilihan- tun tambah

    Cara2:
    • Rendam biskut, roti dan susu dalam blender
    • Masukkan telur, susu pekat, esev vanilla, dan blend hingga licin.
    • Asingkan 1/3 adunan dan tambah pewarna pilihan jika suka.
    • Tambahkan serbuk koko ke dalam blender (2/3 adunan) dan blend hingga sebati.
    • Masukkan sebahagian adunan coklat ke dalam acuan dan kukus hingga masak (6-7 minit)
    • Tuangkan adunan yg tanpa coklat dan kukus.
    • Akhir sekali tuangkan adunan coklat dan kukus hingga masak.
    • Sejukkan sebelum dihidang,




    Rendang Pedas Kg. Bongor

    $
    0
    0

    Assalamualaikummmm....

    Apa khabar semua? arini kelas petang je.. skrg duk marathon baut soalan test 2 dan soalan tutorial. peningg buat soalan kimia budak uni. kalau tersalah formula or chem reaction takut nanti soalan kita mendapat 'cabutan bertuah' audit, tak pasal2 kene menjawab.. huhu.. alhamdulillah sem ni xde student yg perangai 'pelik'.. kalau sem2 lepas dlm kelas tu sure ada yg jenis duk berkepit ngan boypren la, jenis wat 'sound effect' kat blkg, jenis yg xpenah dtg awal, mcm2 laa.. kali ni student agak baik, so xde la menambahkan serabut kepala yg dh cukup serabut ngan research PhD nih.


    nway, byk kerja nihh.. sibuk nak ber-blog gak.. huhu... nnti BW cepat2, yg sempat nnti mlm sambil2 bf harith blh BW.. hihi..

    mencuba resepi baru utk menambah koleksi lauk ayam kat blog.. encik laling suka mkn rendang ngan nasi himpit, so bila xtau nk masak apa, teringat kat rendang yg Mel buat masa kiteorg gi umah dia aritu. tgk kene ngan selera encik laling, so boleh la menerai kat umah :) 

    Rendang Pedas Kg. Bongor
    Resepi: FB Resepi Ringkas
    Sumber: Mel, Tun telani

    Bahan-bahan:
    • 1/3 ekor ayam - potong kecil
    • 150ml santan kotak - ayam brand
    • 4 helai daun limau purut
    • 1 helai daun kunyit - hilis halus
    • 1 keping asam
    • 1sb kerisik
    • 1 bj limau kasturi - ambil jus
    • 1 batang serai
    • 1sk serbuk pati ayam
    • 1sb gula merah
    • Air secukupnya
    • Garam secukupnya

    Bahan kisar:
    • 1 batang serai
    • 1in halia
    • 1in lengkuas
    • 1bj bawang besar
    • 4bj bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • 1in belacan
    • 1bj cili besar
    • 7bj cili api
    • 2sb cili kering - telah dikisar

    Cara membuat:
    1. Goreng ayam 1/2 masak. Angkat dan toskan.
    2. Ambil sedikit minyak gorengan ayam. Tumis bahan kisar dan serai hingga pecah minyak.
    3. Masukkan santan dan ayam. Gaul serata hingga ayam sebati dengan bahan tumisan. Masak seketika
    4. Masukkan air, asam keping, daun limau purut. Reneh dalam api perlahan.
    5. Setelah hampir pekat, masukkan kerisik, gula merah, jus limau dan serbuk pati ayam.
    6. Kemudian perasakan dengan garam. Setelah semuanya seimbang dan mencapai kepekatan diingini, tabur daun kunyit
    7. Hidang dengan nasi impit mahupun nasi panas.

    Apam Susu

    $
    0
    0

    Assalamualaikum :)

    Alhamdulillah.. akhirnya berjaya juga buat apam susu yg sikit punya lamaa duk queue.. kalau tgk kat fb bertubi2 org buat apam susu nih, macam2 sumber sampai tun pon pening nk cari sumber yg asal resepi nih.. last2 tun letak sumber yg paling byk org guna, yg kak azlita masam manis. huhu..

    tun buat apam susu ni wiken aritu. ada buat MABIT dgn kawan2 usrah. sblm ni tun join sekali MABIT tido kat surau, tp sbb harith kecik lagi, mlm balik tido kat umah la.. tunggu besar skit blh bawa harith qiam sekali kat surau insyaAllah :)


    skrg tun tgh kemaruk cokelat.. habis semua dessert nk campur cekelat.. haha.. jd apam susu ni 2/3 adunan tun campur ngan serbuk coklat. pastu skrg baru stat guna esen pisang. sedap la pulak bau esen pisang nih.. jd kuih2 yg kaler2 ni camni, satu bahagian tun akan campur esen pisang.. tp encik laling tun cakap bau esen ni kuat sgt.. huhuhu.. kuat ke tak kuat ke, tun mmg dh jatuh cinta kat esen pisang.. buat masa skrg mmg guna esen pisang ngan vanilla. tunggu lama2 nnti dh bosan baru try perasa lain pulak. 


    ok laa.. kat uni nih.. siap punya awal sibuk duk mngapdate blog pulak.. kih kih.. n3 laju2 je nih.. dh upload gambar semua semalam, nk taip sikit2 je pagi nih.. nnti bila dh tepu wat kerje tun BW, insyaAllah :)

    Apam Susu
     Resepi Oleh : Sabrina Khan (no link)
    Rujukan : Nana Aboy, Azlita Masam Manis, Tun telani

    Bahan2:
    • 2 cawan tepung gandum
    •  1 sudu teh baking powder
    •  4 biji telur
    •  1 cawan gula halus
    •  1 sudu teh esen vanilla
    •  1 sudu besar ovellete
    •  4 sudu besar susu pekat manis
    •  4 sudu besar minyak jagung
    •  Pewarna yang di sukai
    •  Perasa 
     Cara2:
    • Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam
    • Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak. Ketepikan
    • Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla
    • Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih
    • Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata
    • Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi
    • Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi. Kaup balik adunan rata
    • Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna
    • Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka. Gaul rata
    • Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang
    • Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
    • Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
    • * tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam
    • Angkat apam setelah masak
    • Keluarkan dari loyang
    • Potong bila ianya telah sejuk



    Hadiah GA Cheq Sue dan Ang Pau buat Harith ^^

    $
    0
    0
    Cakk!! Mishh me?? ^^

    Assalamualaikummm :)

    Alhamdulillah.. petang tadi encik laling balik dari opis bawa few parcels and surat.. pelik jugak nmpk surat sampai, nmpk sgt jarang benor dpt surat selain dr surat uni. hehehe... rupa2nya hadiah GA dari Cheq Sue ^^ cheq sue buat GA sempena sejuta pageviews blog bulan lepas.. kebetulan tun bw time tu, so join sekali. tun mmg suka memeriahkan GA kawan2 (kecuali kalau perlu wat n3 yg susah2 pasal GA tu.. huhu).


    Jeles laa cheq sue pegi Korea (boleh tgk citer trip korea cheq sue kat SINI). tak dpt pegi korea, dpt key-chain korea yg comey lote ni pon jadi la.. hihi ^^ suka sgt.. 

    Tp yg terharu tu sbb cheq sue ingat kat Harith :) siap ada ang pau khas utk harith.. jgn risau aunty sue, bukan setakat peluk cium, mama dah gomol2 dah harith bg pihak aunty sue.. hihihi..



    Tun Telani di Majalah AROMA Januari 2015

    $
    0
    0

    Assalamualaikummm :)

    Alhamdulillah... sekali lagi tun diberi peluang utk berkongsi resepi di Majalah AROMA.. terima kasih buat kak Siti Dimiati Awe yg memberi peluang dan kak Suria Aisar yg men-interbiu dan mengarang dgn panjang lebar pasal tun.. hihihi.. majalah ni baruu je sampai ke tangan tun semalam, sbb tu lambat berkongsi berita. xpe la, yg penting masih dalam bulan januari kan.. hihi


    Baby harith pon ada... hihihi... bila cari2 gambar nk bagi ke editor, baru perasan tun dh lama x amik gambar sorang2.. gambo selpie ngan harith je byk.. xkan nk kasi gambo selpi kan.. terasa gedik pulak nnti.. huhu.. gambar yg sorg tu pon gambar hp je. tu yg tun kasi gambo family terus, xpasal2 encik laling interprem jugak. hehe ... dear readers, meet my encik laling... he's mine, jgn kaco.. kih kih kih..


    tak banyak resepi yg tun dpt share.. ada 7 resepi je.. sbb kekangan masa nk mengolah resepi baru. tun mmg jenis yg kalau nk bg majalah, seboleh2nya resepi yg tun reka atau paling tak pon resepi yg tun buat olahan sendiri.


    zaman tok nenek yg resepi ni.. sblm bersalin kat harith aritu.. semua dh ada dlm blog :)


    Jangan lupa dapatkan majalah AROMA dipasaran. kat Bintulu susah nk cari, nasib baik kak dimiati tolong poskan. isu kali ni resepi sgt kreatif chef2 mengolah resepi strawberi.

    Till then.. mari memasak utk keluarga :)

    Chilled Oreo CheeseCake

    $
    0
    0

    Assalamualaikummmm :)

    Alhamdulillah.. masih diberi ruang dan peluang utk berblogging :) dh nak habis bulan januari. cepat betul masa berlalu.. harith pon minggu depan dah masuk 5bulan.. besar dah sayang mama.. xsabar nk tunggu harith 6 bulan, mama dah berkobar2 nk buat puree. since last month dah sibuk baca blog pasal baby's puree n finger food.. nnti blh wat n3 pasal baby's food pulak.. hihi...


    nway.. cantik tak kek tun?? hihihihi... bg seorg yg keras kejung tangan, tun berbangga dgn hasil kek kali nih.. hehehe.. nmpk sgt comel.. tun gunting lubang2 bentuk love atas kertas A4 je, pastu dust dgn cocoa powder ^^ nak paip munger2 xpandai, ni je la yg boleh buat.. 

    dh lama peram resepi chilled oreo cheesecake nih.. encik laling mmg hantu cheesecake. pastu last month masa adik tun dtg tun pesan belikan halal gelatin, sini susah nk cari. pastu encik laling balik dr outstation beli lagi halagel nyer gelatin. so dh xde excuse xnak buat nih..


    Personally, tun prefer baked cheesecake.. tp ikut selera masing2 la kan.. ni buat semalam, dh licin dah pon arini. hahaha...whipping cream byk lagi, lepas ni nk cabar diri dgn chocolate indulgence pulak.. chaiyok2!! 

    Chilled Oreo CheeseCake
    Resepi: Kama
    Sumber: kak liza, tun telani

    Bahan2:

    Dasar Kek
    • 200gm biskut oreo(buang krimnye)
    • 80gm butter cair

    • campurkan butter & biskut yg telah dihancurkan,tekan dlm loyang
    • ratakan & simpan dlm peti ais selama 20 minit.

    • Bahan Kek
    • 250 cream cheese
    • 200gm non dairy whiping krim
    • 1 sudu kecil lemon jus (x letak pun xpe)
    • 1 1/2 sudu besar gelatin + 100ml air panas
    • 60gm gula halus
    • biskut oreo 1 paket..hancurkan 3 suku..buang krimnye dan selebihnya buat deko..

    Cara-caranya:-

    1.Putarkan whipping krim hingga jadi krim..ketepikan
    2.Putarkan cheese, gula hingga kembang, masukkan gelatin, lemon jus putar sebati..
    3.Campurkan whipping krim, kaup balik perlahan2..dan campurkan oreo hancur td, boh dlm loyang yg ade dasar kek td..dan sejukkan dlm peti ais selama 4 jam...leh deco ikut suka...
    Viewing all 201 articles
    Browse latest View live