Assalamualaikummm :)
Scheduled n3 ye... insyaAllah time nih tun dh dlm perjalanan pulang ke kampung halaman di chukai, kemaman.. menyambung tugas2 mengemas umah yg adik2 tun bertungkus lumus menyental dinding dan lantai hilangkan selut2 selama seminggu lepas banjir..
Ni 1st time umah kami dinaiki air. mmg selama ni tgk rumah org lain je yg banjir, bila kene kat rumah sendiri, baru faham mangsa banjir.. kerosakan harta benda yg tak terkira nilai dia. tp alhamdulillah, semua org selamat. syukur ramai saudara mara yg tinggal di kemaman. sepanjang umah belom blh didiami, family tun tinggal kt umah pak sedara yg selamat dr banjir.
dapur selepas air surut.. alhamdulillah, lepas kering dan dibersihkan, peti sejuk dan mesin basuh masih blh digunakan.
lantai rumah penuh lumpur.. sofa, tilam semua tpaksa dibuang.. almari banyak yg perlu buang sbb lama berendam dlm air, nmpk x selamat utk diguna. dlm gmbr ni pintu bilik tun. mmg lps ni tido atas toto je la.
koleksi National Geographic kesayangan abah.. koleksi bertahun-tahun punah sekelip mata.
Ruang komputer, ruang study.. alhamdulillah, almari2 besi boleh diselamatkan, xperlu beli baru..
tak tahu berapa kali trip buang barang2 yg rosak :(Â semoga Allah menggantikan dgn yg lebih baik..
Buat renungan semua....
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala' bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" (Ar-Rum,30: 41)