Assalamualaikumm/XD
Salam jumaat, penghulu segala hari :) ingatan utk diri sendiri dan semua, mari perbanyakkan salawat ke atas nabi
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Dari Aus bin Aus radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu sekalian adalah hari Juma`at. Oleh kerana itu, perbanyakkanlah solawat untukku pada hari itu, kerana sesungguhnya solawatmu itu diperlihatkan kepadaku.” [¹](HR Abu Daud dengan sanad yang sahih) -sumber
smlm buka puasa bakar ayam dan wat suhun goreng je. amik gambar suhun goreng, semua hudus! mmg tension bila rasa mcm masak sedap, pastu nk kongsi resepi.. tp gambar satu pon xjadi. saboo je laa..
sbb rajin nk ngapdate tiba2 kan, godek2 folder gambar, jumpa pulak gambar ni. so, arini nk tayang gambar yg dh peram few months. haha.. :p quiche nih tun reka sbb nk hntr ke majalah Jelita few months back. xperasan pulak blom update dlm blog.
QUICHE SOSEJ HASH BROWN
Resepi: tun telani
Bahan-bahan:
- 200g Simplot Hash Brown
- 50 g mentega – cairkan
- 2 batang sosej
- 1 ½ cawan daun bayam – potong halus
- 1 ulas bawang putih - tumbuk
- 2 biji bawang merah - dadu
- ½ cawan susu sejat
- 2 biji telur
- ½ sudu kecil garam
- ½ sudu kecil lada hitam
Cara-cara:
- Hancurkan hash brown dan gaul dengan mentega yang dicairkan.
- Tekankan dengan padat hash brown atas pie-dish bersaiz 7 inci dan bakar pada suhu 200oC selama 25 minit
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih, masukkan sosej dan daun bayam dan goreng hingga masak. Sejukkan.
- Pukul telur dan susu, masukkan sedikit garam dan lada sulah.
- Letakkan sosej dan bayam atas crust hash brown yang telah dibakar. Tuangkan adunan susu dan telur ke atas crust dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga keperangan.
selamat mencuba /XD