Assalamualaikummm~~~
Tuan rumah baru balik dr weekend gateway.. huhu.. gi usrah umum and attend program aman palestin kat ngan mukah (not exactly mukah, tp kat dalat, a very small town nearby mukah).. xsempat pulak nk contact kak HaSue. nx time kalau gi mukah jalan2 blh gi umah kak HaSue, kali ni jadual penuh.
Ptg semalam sampai umah, 1st time drive sorang2 utk long distance nyer journey kat Sarawak nih. Alhamdululillah, semua selamat. travel siang pun sbb x berani travel mlm. mmg jalan kat sini x macam jln semenanjung, masa smp area dalat jumaat aritu pun dh aft maghrib, mmg gelap gelita jalan xde lampu dan kdg2 je jumpa rumah orang. sgt scary! Ptg semalam arrived to an empty home :( my laling dh bertolak balik semenanjung on saturday. ada kursus handle x-ray katanya. for the whole 2 weeks! habis on the day that we are supposed to went back home together. *sigh.. arini seharian in this empty home dh rasa mcm nk meroyan :((Â
nway, another announcement about my inability to comment on embbeded comment box.. to kak Jassnani my apology sbb xberjaya membalas komen akak. problem satu nih dgn blogspot mmg xdapat nak solve.. tq kerana sudi menjenguk dapur tun ye.
sbb duk sorang2 and probability utk memasak tu sgt kurang (spent the whole day eating roti gardenia yg kak jas -jiran dpn umah- bw bawak balik dr semenanjung. huhu), tun post resepi review AROMA lagi ye. sgt suka mkn suhun goreng sbb konon2 kalori lg rendah dr bihun, mee dan spagetti.. tp bila dh rasa sedap tu byk jugak makannyer.
Suhun Goreng Cili Padi
Resepi: tun_telani
Bahan2:
- 1 peket suhun (200g)
- 3 ulas bawang putih – tumbuk
- ½ bj bawang besar – tumbuk
- 3 bj cili padi- tumbuk
- ½ cwn isi ayam- hiris
- ½ cwn isi udang
- 5 bj bebola ikan- hiris
- Sedikit kobis – potong halus
- 1 batang lobak - sagat
- 1 sb sos tiram
- 1 sb kicap manis
- ½ sb minyak bijan
- Garam secukup rasa.
- Daun sup dan cili merah untuk tabur
Cara2
- Rendam suhun hingga lembut dan toskan.
- Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili padi hingga naik bau.
- Masukkan isi ayam, udang, and bebola ikan. Tumis hingga masak.
- Masukkan sayuran pilihan, sos tiram, dan kicap. Gaul rata dan masak hingga lembut.
- Masukkan suhun dan minyak bijan dan gaul sebati.
- Perasakan garam dan tabur daun sup dan cili merah sebelum dihidang