Quantcast
Channel: Life is a Constant Battle
Viewing all articles
Browse latest Browse all 201
↧

4 Ramadhan 1434H: Kuih Kaswi Pandan Lemak

$
0
0

Assalamualaikummm :D

berturut2 kuih kaler hijau di blog tun ni kan.. hihi.. alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan utk buat kuih. semalam cuma sempat de-frost donat yg duk frozen dlm peti tu je. kuih kaswi ni salah satu kuih yg perlu buat awal2 sbb nk tunggu sejuk baru blh potong.. jd kalau buat dh dekat2 nk berbuka tu, mmg sememeh la potongan dia.


tun sgt2 suka makan kaswi pandan resepi kak besah nih.. mmg sgt nostalgia bila mkn. rasa mcm kuih yg selalu mkn kat kampung time kecik2 dulu. hihi...

ok.. selamat memasak utk berbuka :D semoga amalan kita dibulan mulia ini diterima Allah, insyaAllah.

Kaswi Pandan Lemak
Resepi: kak besah@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 1 loyang )

  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn tepung ubi kayu
  • 1 cwn santan
  • 1 1/2 cwn air perahan daun pandan (3 helai)
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 1/2 sudu teh AIR kapur sireh
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 bj telur (xkira saiz)
  • beberapa titik pewarna hijau.
  • secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.
Cara-cara
  1. kacau sebati tepung2 & gula bersama air pandan & telur. pastu campurkan kesemua bhn2 lain. kacau hingga tidak bergentel. sape suka dipuji oleh MIL..tapis lah adunan ni yer..hehe..
  2. seterusnye, masukkan adunan ke dlm loyang yg tlh disapu sedikit minyak. jgn lah tebal sangat, dlm 3 cm cukup. pastu kukus lah hingga masak.. dlm 20-25 minit. (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sbelum mengadun adunan.)
  3. bila kaswi dah sejuk, bleh la dipotong & digolekkan dlm kelapa parut yg tlh dicampur dgn secubit garam. di rmh ni bdk2 xsuke mkn ngn kelapa parut.. tp ok jer..coz kaswi ni dah lemak rasenyer..hehe..


↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 201