Assalamualaikumm~~~ :)
bersiaran dari kampung halaman terchenta :x mencutikan diri sendiri sesuka hati sbb sgt bosan duk di rumah bila my laling xde. dh nearly a week kat kampung, nearly tiap2 hari jugak cooking n baking dgn gumbiranya.. tp sbb x bw balik kamera, so mood men-shooting tu down sket..tp sbb rasa mcm nk mmbuang habuk kat blog ni, tun klik2 je la gambo ngan hp ni haa..Â
menu lunch semalam.. dah lamaaa sgt x makan gulai ikan kering. mula2 nk wat gulai ikan, pastu terjumpa pulak ikan kering dlm peti. so dgn semangatnya wat gulai ikan kering.. pastu malas nk masak sayur, campak je petola dlm tu. haha.. petola dr umah tok sedara kt kuala berang. suka gi umah dia, nk makan, gi je kutip sayur2 keliling umah. mcm2 ada.
Gulai Ikan Kering dengan Petola
Resepi: tun telani
Bahan2:
- 3 keping ikan kering yg sesuai
- 3 bj bwg merah*
- 1 ulas bwg putih*
- 1 cm lengkuas*
- 1 sk kunyit
- 1 sb cili giling
- 1 asam keping
- 1 cwn Santan pekat
- 1 batang petolaÂ
- Cili padi- jika suka
Cara2:
- Blend bahan bertanda *
- Masukkan bahan blend dlm periuk bersama santan, cili giling dan asam keping. Masak hingga santan mendidih.
- Masukkan ikan kering dan masak sampai ikan kering agak lembut.
- Masukkan petola dan cili. Masak sebentar.
- Perasakan garam.
 Owh.. terima kasih tak terhingga kepada krew2 penerbitan JELITA kerana sudi me-review blog tun /XD tiba2 semalam nmpk gambar ni kat FB. tenung2 mcm ku kenal blog itew.. tgk2 mmg blog tun. hihi...
ada juga review akak2 kesayangan tun, kak CT dan kak anymz. jangan lupa dapatkan majalah Jelita bulan ini.. tgk tuu.. ada byk resepi berbuka dan bersahur ^^
Perhatian: Blogspot tun mempunyai masalah tidak dapat menghantar komen di mana2 blog yang menggunakan embedded komen. Sorry for those who comment here but I can't comment on their blog.