Quantcast
Channel: Life is a Constant Battle
Viewing all articles
Browse latest Browse all 201
↧

Menu Buka Puasa: Kuih Koci

$
0
0

 Assalamualaikumm...

Cantik tak koci tun? haha.. sebab buat warna warni, sengaja bungkus gini kasi nampak isi koci tu.

Inti kelapa Tun buat sebelum bulan puasa aritu, buat banyak-banyak lepas tu frozen. Senang.

Kuih Koci
Resepi: tun telani

Bahan-bahan inti

  • 1/2 bj kelapa parut putih
  • 1 helai daun pandan
  • 1 kerek nisan (yg bulat tu, atau ikut manis yg disukai)
  • Gula biasa kalau rasa nk manis lagi
  • 1 cawan air
  • sedikit garam
  • Tepung gandum

Cara-cara
  • Masakkan air, daun pandan, gula melaka sampai gula cair
  • Masukkan kelapa dan sedikit garam.
  • Masak sampai kering. 
  • Masukkan sedikit tepung gandum utk pekatkan dan supaya senang buat bulat2 inti nnti,
  • Sejukkan dan bulat2kan.
  • Tun masukkan inti dalam freezer kejap selepas dibulatkan supaya senang bungkus dalam doh.
Bahan-bahan Doh
  • 2 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • 1 cawan air
  • pewarna makanan jika suka

Cara-cara
  • Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut.
  • Uli higga tak melekat di tangan.

  • Ambil sedikit doh, masukkan inti dan bulat kemas.
  • Bungkus dalam daun pisang, dan boleh la dikukus dalam 10 minit.
  • Siap


Kuih koci siap awal, pastu termenung tak tau nak masak apa. last-last nasi lemak je sebab ketandusan idea

Bakar ayam dalam Air Fryer. perap dengan garam kunyit, serbuk kari, halia dan bawang putih.
konon-konon special la sikit.Bakar 20 minit, balik sekali lps 10 minit.


Kuih ketayap jiranku sayang bagi..


↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 201

Trending Articles