Assalamualaikummmmm~~~
Few days x ber-update. sarawak cuti 4 hari- sabtu-selasa, and jarang2 cuti lama, so meng-holiday-kan diri dgn hebatnya.. n sbb tun ni prone to sickness, been feeling sick since the holiday.. uuu uuuu... /blur
Kimchi ni tun buat last week.. hasben tun peminat kobis jeruk, sayur jeruk, dan apa2 laa yg sewaktu dgn nya.. jadi kimchi ni mmg dia blh mkn dgn banyaknya.. hihi.. dh lama cari resepi kimchi, mmg mahal betul kalau beli. nmpk kak sheila buat kimchi terus berkobar2 nk buat sendiri, cuma duk bertangguh sbb bahan selalu x cukup.
Alhamdulillah.. sedap.. lepas peran 2-3 hari, rasanya lebih kurang kimchi import yg tun penah beli :) x sia2 mencuba. tun mkn dgn nasi dan bubur. lepas tu wat nasi goreng kimchi. xsempat nk amik gmbr nasi goreng kimchi tu. len kali buat lagi..
Kimchi Berhasiat
Resepi : Kak Zanita Ramli
Sumber: kak Sheila, tun telani
Bahan-bahan:
- 1 lb kobis napa yang dicuci dan dihiris - tun guna 1 biji
- 1/4 cawan garam himalaya atau garam laut + 1 mangkuk air suam, kacau hingga larut
- 1/2 biji pear dibuang kulit
- 1/2 biji epal dibuang kulit
- 1 bawang besar saiz kecil
- 3 tangkai daun bawang yang dipotong
- 1 tbsp bawang putih yang dicincang
- 1 tbsp halia yang dicincang
- 4 tbsp serbuk cili kering (serbuk cili ni tak pedas)
- 3 tbsp air rebusan ikan bilis ( 3 tbsp ikan bilis + 1/2 cawan,rebus dan biarkan sejuk)
Cara-caranya:
- Masukkan kobis ke dalam bekas dan tuang air garam, gaul rata dan biarkan selama 4 jam. Tutup bekas.
- Kisar pear, epal dan bawang tanpa air
- Selepas 4 jam, kobis dibilas 2 atau 3 kali dan perah kobis perlahan2 supaya sejat air.
- Masukkan serbuk cili, bawang putih, halia, air rebusan ikan bilis kedalam mangkuk bahan2 yang dikisar dan gaul rata.
- Masukkan adunan no.4 ke dalam mangkuk sayur kobis dan daun bawang. Gaul sehingga rata dan masukkan ke dalam balang kaca kedap udara.
- Selepas 24 jam bolehlah masukkan balang kimchi ke dalam peti sejuk.
Perhatian: Blogspot tun mempunyai masalah tidak dapat menghantar komen di mana2 blog yang menggunakan embedded komen. Sorry for those who comment here but I can't comment on their blog.