Quantcast
Channel: Life is a Constant Battle
Viewing all articles
Browse latest Browse all 201
↧

Bingka Pandan/ Kuih Bakar Pandan

$
0
0

Assalamualaikumm...

Esok dah masuk 15 Ramadhan. Baru nak share menu.. 
Lamaa tak update resepi.. tiap2 hari masak, tp susah nya la nak mengadap laptop. Baru anak dua dah kelam kabut hidup.. huhu.. tiap2 kali duk berperang dengan anak, sure insaf pikir mcm mana mama besarkan kiteorg adik beradik 7 orang.

Nway, straight to the recipe. Kuih bakar ni yang paling senang nak buat, dan selalu duk ulang tiap kali puasa.

Kuih Bakar/Bingka Pandan
Resepi: tun telani

Bahan2:

  • 1 c tepung gandum
  • 3/4 c gula
  • 1/4 tsp garam
  • 2 bj telur
  • 200 ml santan (1 kotak)
  • 100 ml air pandan (blend 2-3 lai daun pandan, tapis. Kalau xde, guna air masak + esen pandan)
  • 1 tbsp minyak (guna minyak masak biasa)
  • sedikit pewarna hijau
  • Bijan secukupnya

Cara2:

  • Blend semua bahan kecuali bijan
  • Tuang dalam loyang, tabur bijan
  • Bakar suhu 200 C, 20-30minit. Kalau macam tun yang suka kerak tebal, bakar 40minit.
  • Biar sejuk baru potong.

ps: adunan ni dapat loyang kecil 6inci, kalau suka nipis dan kerak tebal mcm tun, blh guna loyang
8inci


pps: tun sekarang jual Shaklee tau. kalau sapa2 nk beli, roger je lah ^^ dah 3 tahun makan Shaklee, amik set berpantang harith dulu. sekarang baru nak mula bisnes. hihi.. 


Dah dekat raya ni, mmg dah sibuk nk kurus. tun memang makan lecithin ni, spy lemak tak terkumpul dalam badan. dah tiap2 hari duk makan kuih kan, takut gemuk. hihi.. alhamdulillah, setakat bulan puasa ni berat turun dengan jayanya ^^ 

Ok lahh.. doakan tun ada masa untuk share resepi lg. sayang kat blog.

<3 hawa="" span="" telani="" tun="">3>
ID: 1261295 
 
↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 201